PEJABAT KETUA HAKIM NEGARA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN
PUTRAJAYA
SIARAN AKHBAR
PINDAAN KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH YANG BARU UNTUK KOMEN DAN MAKLUMBALAS DARI PEGUAM DAN MASYARAKAT UMUM
Adalah
 dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah 
seksyen 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan seksyen 3 Akta Kaedah 
Mahkamah Rendah 1955 yang dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Negara 
telah membuat pindaan terhadap Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (Rules
 of the High Court 1980) dan juga Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 
(Subordinate Courts Rules 1980) untuk digabungkan supaya menjadi satu 
kaedah yang terpakai untuk Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah iaitu 
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Rules of  Court 2012). Tujuan Kaedah-Kaedah
 Mahkamah 2012 ini dibuat adalah untuk memudahkan dan menyeragamkan 
prosidur kes sivil di Mahkamah serta meningkatkan mutu penyampaian 
sistem keadilan di Malaysia.
Draf
 Kaedah tersebut telah dimuat turun di dalam laman sesawang seperti 
berikut untuk komen dan maklum balas daripada pengamal undang-undang dan
 juga orang ramai dalam masa satu (1) bulan iaitu pada atau sebelum 11 April 2012:
Komen, cadangan dan maklum balas boleh terus diemelkan kepada cj@kehakiman.gov.my atau
 difaks ke nombor 03-8880 3507 atau diposkan ke alamat Pejabat Ketua 
Hakim Negara, Aras 5, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya.
Disediakan oleh,
CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM
Pegawai Khas I kepada
YAA Ketua Hakim Negara
 
 
No comments:
Post a Comment