(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 23 Dis: Mahasiswa perlu tegas, bebas dan lantang memperjuangkan hak rakyat, menegur pemimpin yang rasuah serta salahguna kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bercakap di depan kira-kira 100 hadirin pada sesi ‘Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim’ di kediamannya malam tadi, Anwar memulakan bicaranya dengan membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, bertajuk ‘Takut 66, Takut 98′.
“Saya mula aktif dalam gerakan mahasiswa, dan biasa dengan demonstrasi. Justeru, gunakan sebaiknya era mahasiswa itu untuk menyatakan yang benar.
“Kamu boleh tidak bersetuju dengan (perdana menteri) Najib. Kamu juga boleh tidak bersetuju dengan Anwar. Tidak salah berhujah dan melawan dengan fakta,” kata Anwar, pemimpin mahasiswa yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong mogok petani miskin di Baling, Kedah pada 1974.
Menurut Anwar, berbanding Datuk Seri Najib Razak, bapanya lebih bersikap terbuka dengan tuntutan mahasiswa ketika menjadi Perdana Menteri.
Tun Abdul Razak kerap mengadakan pertemuan bersama mahasiswa, menjamu mereka dan berbincang di kediaman rasmi Perdana Menteri, sedangkan pada siangnya mahasiswa berdemonstrasi di tengah ibu kota.
“Manakala mahasiswa berani dan bersedia untuk bertanya (kepada pimpinan negara),” kata Anwar mengimbau zaman sebagai pemimpin pelajar.
Merujuk tuntutan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan kes pelajar Adam Adli- Anwar berkata kerajaan hari ini gagal mendengar pandangan mahasiswa, apabila ugutan pihak tertentu terhadap gerakan itu dan isu yang dibangkitkan mereka dipandang sepi.
“Mereka memperbodohkan kritikan (mahasiswa). Sedangkan mahasiswa ialah pemangkin untuk memecahkan permasalahan. Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan, tanpa gagal setiap tahun saya pusing setiap kampus di seluruh negara,” katanya.
Beliau memberikan contoh, ‘Great Economic Debate’ yang dianjurkan mahasiswa di Universiti Malaya selama tiga malam sebagai acara debat tahunan pada zamannya, kini tidak lagi diteruskan.
“Ribuan hadir. Ada wakil (mahasiswa penyokong) kerajaan, ada wakil pembangkang dan ada wakil akademik. Kenapa sekarang tidak boleh? Itu (budaya) yang mesti kita kembalikan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24738

No comments:
Post a Comment