19 Disember 2011
Kepada :
wakil - wakil media ;
wakil - wakil organisasi / parti-parti politik ;
wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ;
wakil Polis Di Raja Malaysia ;
wakil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ;
wakil - wakil pertubuhan bukan kerajaan ;
blogger ;
dan yang berkenaan .
Saudara ;
JEMPUTAN TAKLIMAT MEDIA : (PENDEDAHAN BUKTI) PENYELEWENGAN DALAM PERSATUAN BEKAS POLIS.
Perkara di atas dirujuk.
Pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah ditemui oleh beberapa 'pimpinan' Persatuan Bekas Polis Malaysia. Selama sebulan telah meneliti dan mengumpul beberapa bahan bukti penyelewengan yang berlaku dalam Persatuan Bekas Polis. Kes penyelewengan ini sebenarnya telah mula muncul lebih dari setahun lalu, malangnya apabila aduan dibuat dengan bukti nyata dan dokumen sokongan perkara penyelewengan ini di diamkan seolah mendapat 'perlindungan'.
Setelah berbincang dengan banyak sebelum ke mahkamah, mereka yang terlibat ini bersetuju untuk membuat satu taklimat media bagi menerangkan serta mendedahkan bukti penyelewengan kepada umum. Satu program penerangan media akan dibuat seperti berikut ;
Majlis Taklimat Media : (Pendedahan Bukti) Penyelewengan dalam Persatuan Bekas Polis
Tarikh : 20 Dis 2011 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan d'Ark, Taman Sri Kasih, Jalan Senawang-Paroi, Seremban (peta lokasi disertakan)
Sehubungan dengan itu kami mengharapkan kehadiran pihak media untuk membuat liputan kepada permulaan satu lagi kes yang bakal menggemparkan negara ini.
Ada beberapa pimpinan kanan parti politik telah mengesahkan kehadiran namun untuk berlaku adil dan demi membantu 'pimpinan' persatuan bekas polis yang mencari keadilan ini maka semua parti diharapkan dapat menghantar pimpinan kanan bagi sama menunjukkan keperihatinan demi mengangkat dan menyelesaikan kes ini. begitu juga kepada wakil - wakil organisasi bukan kerajaan.
Kami juga mengharapkan kehadiran wakil SPRM, Pendaftar Pertubuhan dan PDRM sendiri untuk hadir sama bagi meneliti kes ini kerana sudah tentu ia melibatkan bidang kuasa pihak tuan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 Saudara Norazizi, Ko Ordinator Kebangsaan SAMM.
Untuk makluman semua taklimat media ini akan diketuai oleh Datuk Haji Yahya bersama wakil-wakil persatuan bekas polis dari seluruh negara.
Sekian dan terima kasih.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
chegubard@gmail.com

No comments:
Post a Comment