Share |

Thursday, 24 November 2011

Operasi sindiket kad pengenalan?

Pemimpin Pemuda PAS, Adram Musa percaya operasi di Salak Tinggi mirip operasi yang pihaknya bongkar tidak lama dahulu berhampiran Putrajaya

PETALING JAYA: Satu operasi sindiket yang dipercayai mengedarkan kad pengenalan kepada warga asing sedang berlaku berhampiran pusat latihan Kompleks Integrasi Warisan Arca, (KIWA) di Salak Tinggi.

KIWA merupakan kem kursus kenegaraan kendalian Biro Tata Negara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Laporan polis sedang dibuat dan orang ramai turut berkumpul di situ.

Timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi rakyat Dewan Pemuda PAS, Adram Musa memberitahu FMT bahawa pihaknya masih menunggu pegawai penyiasat polis datang ke tempat kejadian.

Harap polis bertindak

“Operasi ini seakan-akan sama seperti operasi di kawasan berhampiran Putrajaya baru -baru ini.

“Kami berharap agar pihak polis akan mengambil tindakan segera,” katanya.

Adram berkata, beliau melihat kereta peronda polis berada di tempat kejadian.

Lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi rakyat sebelum ini aktif mendedahkan kepincangan di dalam senarai pengundi terutamanya sejak perarakan anjuran Bersih yang turut disertai mereka pada 9 Julai lalu.

No comments: