Share |

Tuesday, 6 September 2011

Khairy kepada Mat Sabu: ‘Jumpa di Kota Baru’

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru ayam kokok PAS itu menolak debat dengan Khairy.

PETALING JAYA:Khairy Jamaluddin menegaskan dia  menolak pelawaan untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan.

Sebaliknya, beliau sedia berdebat dengan Mohamad Sabu.

Alasannya kerana kerajaan Kelantan meminta ahli Parlimen Rembau itu berdebat dengan Timbalan Presiden PAS.

“Its OK bro. Kerajaan Kelate minta saya debat Sabu. (Mohamad).”

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru ayam kokok PAS itu menolak debat dengan Khairy.

Semalam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesyorkan debat PAS-Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan isu siapa pejuang kemerdekaan negara bagi membolehkan rakyat sendiri membuat penilaian.

`Saya dah terima jemputan…’

Bagaimanapun tarikh debat tersebut tidak dinyatakan.

“Saya dah terima jemputan…untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islam Lundang Kota Baru.
“Saya akan berada di sana,” kata Khairy menerusi mesej Twitter.

Beliau menegaskan beliau tidak gentar walaupun terpaksa bertandang ke kubu kuat parti itu.
Khairy berkata, walaupun di gelanggang lawan, sama ada Mohamad Sabu atau Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa beliau tetap akan hadir.

“Masa lawan Husam dulu tiga ribu penyokong PAS dok sorak. Its OK.
“Tak payah cari gelanggang neutral,” katanya.

No comments: