Dengan
tajuk "Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia", sebuah
blog penyokong kerajaan telah bertindak liar di atas
ketidak-puas-hatian kepada Perdana Menteri, iaitu orang yang selama ini
dipertahankan habis-habisan.
dalam blog tersebut jelas menyatakan;
Kawan-kawan sekalian, sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.
Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?
Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.
Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang tak berasap beb ?
Kekecewaan
RBF dilihat tidak dapat lagi disorok apabila secara terbuka menempelak
pimpinan sendiri beserta dengan satu ancaman bunuh terhadap Nawemee yang
akan berjumpa dengan PM. Ia seolah-olah mencabar kewibawaan PM
sekiranya mengambil tindakkan kepada RBF akan dilihat sebagai tidak
prihatin ke atas bangsa sendiri tetapi membela Nawemee.
Mari kita lihat sejauh mana pihak berwajib berani mengambil tindakan dalam ugutan yang memang terang dan jelas ini.
Namun
kemarahan blogger ini ada asasnya. Masih ingat kita bagaimana Nawemee
yang dikenali sejak video klipnya mengolah semula lagu negaraku menjadi
"Negarakuku" disiarkan di youtube. Beliau bukan saja berdepan dengan
tindakan undang - undang tetapi media mengolah kebencian yang melampau
dengan mengaitkan Nawemee dengan Pakatan Rakyat dan kebencian melampau
diwujudkan dengan api perkauman sebagai asas bahan bakar.
Maka
Najib (baca: pimpinan UBN) meraih sepenuhnya keuntungan dengan
menunggang sentimen yang dibakar blogger dan 'ngo-ngo' ciptaan mereka
tampil ke depan menyemarak kemarahan. Ingat lagi bagaimana Arman ketika
itu dia ketua pemuda PERKASA mengamuk dan membakar barang di depan pagar
dewan himpunan china dimana Nawemee berada didalam dewan untuk satu
program.
Akhirnya
setelah melihat semuanya gagal meraih sentimen majoriti rakyat malah di
kelas pertengahan imej UBN menjadi lebih negatif kerana tindakan
tersebut maka Najib telah tukar strategi. Nawemee diberi ruang membuat
filem pula dan semalam bertemu secara peribadi dengan Najib sendiri.
Jika
difikirkan kesian dengan kawan - kawan 'bawah' yang begitu emosi pada
satu ketika dahulu dalam isu Nawemee ini dan akhirnya dia sendiri
mendapat ruang istimewa.
Walaupun
memahami kekecewaan kawan-kawan ini tetapi che'GuBard nasihat janganlah
sampai ugut-ugut bunuh...itu kurang tamadunnya. Jadikan ini sebagai
pengajaran berpada dalam tindakan.
Itu belum lagi mereka respon dalam isu 'agihan tak sama rata'. klik sini untuk baca lanjut.
No comments:
Post a Comment