KUALA LUMPUR 31 OGOS : Presiden Parti Keadilan
Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu keadilan terbela bagi
rakyat yang terpaksa menghadapi kesan kenaikan harga barang dalam
kegembiraan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Oleh
itu, beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperketat
dan memantau mekanisma kawalselia harga agar keperluan rakyat dan
peniaga dapat dijaga.
"Kekangan dan bebanan
sara hidup yang semakin meninggi akibat tatakelola dan perancangan yang
tidak dilandasi semangat kerakyatan dan kesederhanaan. Rakyat terus
dibebani dengan kenaikkan harga barang yang tidak terkawal terutamanya
barang keperluan raya," katanya dalam satu Perutusan Khas sempena Hari
Raya hari ini.
Dalam menyambut bulan Syawal,
Wan Azizah turut mengajak rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam
meneladani pengajaran pembersihan jiwa sepanjang ramadan dengan terus
berjuang demi keadilan , kebenaran dan perpaduan sejati.
Dalam
perutusan Hari Raya beliau, Wan Azizah mahu kemenangan yang disambut
dalam bulan Syawal hasil daripada pentarbiyahan dalam menjalani latihan
dan disiplin sepanjang Ramadhan memberi semangat kepada setiap umat
Islam.
"Ramadhan adalah bulan dan masa yang
amat sesuai untuk kita semua meningkatkan ilmu, keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah S.W.T. Kita sedar bahawa bulan ramadhan ini juga adalah
tempat para pejuang yang mahu menegakkan keadilan dalam menghadapi
pelbagai ujian, cabaran dan fitnah dunia yang mencengkam kebebasan dan
kemerdekaan rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Selain
itu, Wan Azizah mahu ahli PKR terus komited dalam perjuangan parti itu
dalam memastikan negara ini bebas dari cengkaman dan fitnah yang
membelenggu kehidupan rakyat dan seterusnya memartabatkan keadilan
sejati.
"KEADILAN menyeru agar kita tidak terus
berpeluk tubuh dan membiarkan kemarakan fitnah ini membinasakan
kebenaran,keadilan dan perpaduan ummah. Marilah kita terus bersama
menghindarkan diri daripada bersubahat dengan fitnah," kata beliau.
"Oleh itu kita perlu begandingan dalam membina keyakinan untuk terus meneladani kebabasan dan keadilan sejati," tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment