Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan SMS itu rekaan semata-mata.
“Mengarut, anda jangan buat spekulasi tanpa bukti. Ini amaran saya,” kata beliau ketika ditanya mengenai ura-ura bahawa ahli Perkasa terlibat dalam penyebaran SMS tersebut.
Semalam Ambiga membuat laporan polis setelah menerima SMS ugutan bunuh pada pukul 1.57 pagi.
Antara lain, SMS itu berbunyi: “Aku nak kasi amaran kat korang semua. Kalau perhimpunan ini jadi, aku dan orang-orang aku akan bunuh Ambiga dan korang-korang keliling dia satu persatu.”
Siasat SMS
Ketika mengulas lanjut Ibrahim tidak mendesak pihak polis menyiasat SMS ugutan bunuh yang diterima Ambiga.
“Terserah pada polis untuk siasat benar atau tidak. Ada kala,SMS rekaan sama sendiri untuk cari publisiti. Apa pun,terserahlah pada polis untuk siasat.
“Saya pun terima macam-macam SMS, tapi saya tidak kisah. Ada pihak, mereka mahu lakukan
macam-macam perkara sampai akan melangar undang-undang yang boleh mengancan keselamatan rakyat dan kenteraman awam seperti cadangan perhimpunan Bersih Haram.
“Jika kita penting keselamatan diri kita, kita juga kena fikir akan kepentingan keselamatan org lain juga,” jelas beliau dalam satu SMS kepada FMT.
Ibrahim akan mengetuai gabungan NGO yang dikenali sebagai Gerak Aman pada 9 Julai menentang perhimpunan Bersih.
No comments:
Post a Comment