Pengetua memaklumkan dalam perhimpunan sekolah bahawa beliau (pengetua) tidak akan melayan mahupun berjumpa dengan ibu bapa.
Kashfi Abd Rauf
“Anda boleh berhimpun selama lima minit tanpa menggunakan kad protes,” kata seorang pegawai polis yang dikenali dengan nama Subra sahaja kepada sekumpulan 20 ibu bapa.
FMT sempat melihat beberapa kad manila yang tertera dengan frasa seperti ‘Pengetua gila kuasa’ dan ‘Apa tindakan Putrajaya?’
Salah seorang jurucakap pihak ibu bapa, Puan Quah Saw Choon mendakwa bahawa pengetua memaklumkan dalam perhimpunan sekolah bahawa beliau (pengetua) tidak akan melayan mahupun berjumpa dengan ibu bapa.
Para ibu bapa turut menunjukkan gambar vandalisme yang dilakukan pelajar pada dinding sekolah. Perkataan ‘Megawati P******’ tertulis pada dinding tersebut.
Megawati merujuk kepada pengetua sekolah tersebut, Megawati Hasbullah.
Kumpulan ibu bapa para pelajar ini telah menyerahkan petisyen pada minggu lepas mendesak Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pengetua sekolah ini ditukar.
Anita Atan
“Saya berada di sekolah pada 20 haribulan ketika pergaduhan antara dua kumpulan pelajar berlaku. Macam huru-hara. Saya yang menghubungi pihak polis,” ujarnya.
“Kita sedang berusaha menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Beliau turut mempertahankan pengetua sekolah tersebut.
Isu lama
“Isu mahu tukarkan pengetua ini isu lama. Pengetua tak boleh keluarkan kenyataan sebab itu saya bercakap dengan anda. Hanya sebilangan kecil sahaja ibu bapa yang tidak puas hati,” kata beliau lalu beredar tanpa mengulas lanjut.
“PIBG dah minta pihak sekolah memaklumkan kalau ada apa-apa kes,” kata Anita.
Justeru beliau mencadangkan para ibu bapa yang tidak puas hati agar menghadiri mesyuarat PIBG pada 21 Mei ini.
“Tulis apa yang anda tak puas hati. PIBG akan sama-sama menyelesaikan masalah,” ujar Anita.
No comments:
Post a Comment