Generasi demi generasi, benih perkauman yang ditanam mula tumbuh dan menjalar.
Mujurlah rusuhan kaum yang dikhuatiri ramai, tidak berlaku. Penduduk Pulau Cinta – yang bakal kehilangan kewarganegaraan secara automatik dalam masa seminggu – memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan.
“Kita perlu adakan rundingan. Kita perlu jelaskan kepada kerajaan bahawa kita bukan pendatang atau bangsa asing. Kita warganegara Pulau Cinta. Kalau kerakyatan kita dilucutkan, ke mana kita?”
Demikian keluahan berbaur kekecewaan dan rasa terkejut daripada kalangan penduduk bukan keturunan Malayali. Semuanya disuarakan kepada Jemaah Pemerintah. Disuarakan kepada Perdana Menteri. Disuarakan menerusi media yang dikawal kerajaan.
“Kita jangan lupa pada sejarah,” kata Mahabali III dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 2 Ogos. “Usah kita nafikan bahawa penduduk keturunan Malayali telah datang ke pulau ini sewaktu hanya wujud kancil dan anjing dan tikus di sini.”
Sebahagian besar penduduk keturunan Malayali mengangguk gembira apabila kenyataan itu disebarkan melalui media tempatan.
“Malah, penduduk Malayali sudah membangunkan pulau ini sebelum pulau ini kononnya dibangkitkan dari dasar laut oleh seorang putera bagi membuktikan cintanya terhadap seorang puteri; lalu dinamakan Pulau Cinta. Sebelum Ravana melarikan Sita ke sini dan mengisytiharkan dirinya pemerintah diktator di Pulau Cinta. Sebelum Rama merampas kuasa dan menjadi Perdana Menteri pertama. Sebelum pendatang dan bangsa asing dibawa ke pulau keramat ini.”
Semua itu terkandung dalam Sejarah Pulau Cinta yang dijadikan teks wajib di sekolah sejak dahulu; selepas dirombak dan diubah supaya sesuai dengan versi yang mahu diterima sebagai “sejarah” oleh ilmuan dan pemerintah.
Maka, generasi demi generasi, benih perkauman yang ditanam mula tumbuh dan menjalar. Sebaik Mahabali III menjadi Perdana Menteri, segalanya menjadi nyata. Pulau Cinta sudah menjadi milik mutlak penduduk keturunan Malayali.
Kempen anti-Bukan Malayali yang selama ini berlaku secara senyap dan tertutup sudah menjadi agenda politik peringkat tertinggi. Rombakan demi rombakan dilakukan. Pindaan demi pindaan dilakukan. Diskriminasi semakin menjadi-jadi.
Warganegara Pulau Cinta yang bukan keturunan Malayali dinafikan segala hak dalam segala perkara. Akhirnya dihalau seperti anjing kurap.
Pada tarikh 7 Ogos jugalah kemusnahan Pulau Cinta bermula. – Bersambung esok
Bahagian terdahulu
Uthaya Sankar SB suka membaca buku dan menonton filem; selain gemar memblog di www.uthayasb.blogspot.com

No comments:
Post a Comment