Share |

Tuesday 26 April 2011

NGO serah akhbar Utusan Malaysia kecam DAP

Perjumpaan 'secara baik' antara NGO dengan wakil DAP berlaku kira-kira lima minit sahaja sebelum kumpulan terbabit bersurai.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 penyokong daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini mengadakan ‘protes aman’ mengecam kenyataan DAP terhadap akhbar harian Utusan Malaysia.

NGO yang diwakili Persatuan Veteran Tentera Melayu, Briged Nasionalis Muda, serta Umno Negeri Wilayah Persekutuan hadir dihadapan ibu pejabat DAP di sini mempertahankan akhbar tersebut.

Kumpulan itu bagaimanapun dihalang polis daripada memasuki pejabat DAP dan hanya membenarkan lima orang wakil sahaja.

Lima wakil tersebut kemudiannya naik ke pejabat pentadbiran DAP dan menyerahkan senaskhah akhbar Utusan Malaysia kepada Ketua Pentadbiran Pejabat DAP Pusat Wong May Ing.

Perjumpaan ‘secara baik’ antara NGO dengan wakil DAP itu berlaku kira-kira lima minit sahaja sebelum kumpulan terbabit bersurai.

Ketua Briged Nasionalis Muda Armand Azha Abu Hanifah berkata, mereka memberikan amaran keras kepada DAP supaya tidak lagi melakukan provokasi yang boleh mencetuskan api perkauman.

‘Jangan fitnah dan memburukkan Utusan Malaysia’

“Jangan begitu angkuh memfitnah dan memburukkan Utusan Malaysia. Akhbar ini adalah suara hak-hak orang Melayu.

“Tapi kita tahu tak semua pemimpin DAP bersikap sedemikian, cuma segelintir sahaja,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan di pejabat DAP.

Minggu lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mencabar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno agar ‘menegur’ Utusan berhubung artikel ’1Melayu, 1Bumi’.

“Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan ’1Melayu, 1Bumi’ ataupun MCA sepatutnya berundur dari Barisan Nasional,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Artikel ’1Melayu, 1Bumi’ yang ditulis Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit minggu lalu berkata DAP telah berjaya menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya, Umno kini perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi”.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Negeri Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar berkata pihaknya mahu DAP segera menghentikan sebarang provokasi membabitkan kaum.

“Kita boleh terima provokasi tapi jangan terlalu melampau,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan turut mengadakan protes aman di Wisma MCA kerana mengecam peranan akhbar Utusan berhubung artikel yang sama.

MCA minggu lalu menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mencadangkan gerakan ’1Melayu, 1Bumi’ diutamakan.

Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, konsep ’1Melayu 1Bumi’ yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu seperti mahu menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka semasa pilihan raya.

2 comments:

Anonymous said...

SIAPA NAK DENGAN UMNO?

Khun Pana aka johanssm said...

Kalao nak serah surat khabar yang tak laku , sila derma surat khabar yang tak laku tu kepada perniaga sayor di Pasar road.

Secara logik, kenapa tak buat bising depan mat mongolia?
mintalah mat mongolia buat Sapu Melayo , Sapu Bumiputra.