Kira-kira 70 penyokong turut memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan 'Hancur Fitnah' dan 'Hidup Anwar'.
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung dakwaan penglibatan beliau dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara semalam.Beliau hadir kira-kira jam 10.35 pagi di Ibu PejabaT Polis Daerah Dang Wangi di sini ditemani isteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir pemimpin PKR seperti bekas Timbalan Presiden Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mad Akin, bekas Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Subang R Sivarasa dan Naib presiden N Surendran. Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga hadir.
Kira-kira 70 penyokong turut memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan ‘Hancur Fitnah’ dan ‘Hidup Anwar’.
Read More
No comments:
Post a Comment