Berita Harian
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam, memutuskan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin bertanggungjawab terhadap tiga artikel disiarkan dalam laman web Malaysia Today kerana ia mengandungi pernyataan yang memfitnah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatkan penghakiman berhubung saman fitnah dikemukakannya terhadap penulis blog berkenaan.
Katanya, perkataan yang digunakan dalam tiga artikel itu dan ulasan orang ramai terhadap artikel berkenaan adalah bersifat memfitnah.
Beliau berkata, jumlah bayaran ganti rugi akan dinilai Timbalan Pendaftar kelak dan membenarkan kos guaman RM5,000 kepada peguam S Ravindran, yang mewakili Muhammad Shafee.
O’Hara berkata, sama ada Ravindran akan berjaya mendapatkan jumlah berkenaan bukanlah urusannya kerana Raja Petra diisytiharkan muflis.

Terdahulu, peguam Raja Petra, J Chandra membantah cadangan Ravindran supaya kos ditetapkan pada RM10,000, berasaskan kepada kedudukan anak guamnya kini seorang yang muflis dan tidak berada dalam negara.
Sehubungan itu, katanya, pihak terbabit perlu menanggung kos mereka sendiri seperti diperintahkan Mahkamah Rayuan berhubung hal-hal berkaitan saman itu. Permohonan peguam itu dibuat mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi memutuskan isu berhubung fakta bahawa perkataan dan komen dalam tiga artikel didakwanya disiarkan Raja Petra di laman web Malaysia Today mengandungi unsur memfitnah.
Muhammad Shafee menyaman Raja Petra pada Ogos 2008 kerana mendakwa menyiarkan tiga artikel yang memfitnahnya pada 6, 7 dan 11 Ogos 2008 bertajuk ‘Shafee Abdullah: Extraordinaire Sodomologis’, ‘Wang, Kuasa Dan Seks: Apa Yang Memberi Kuasa Kepada Lelaki’ dan ‘Dalang Sebenar Di Sebalik Tuduhan Liwat Anwar,’ yang didakwa memfitnahnya.
Pada 13 Ogos 2008, Muhammad Shafee memperoleh injunksi sebelah pihak daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Raja Petra mengeluarkan artikel itu serta komen mengenainya daripada laman web berkenaan.

No comments:
Post a Comment