Share |

Friday 18 February 2011

Penyokong desak PAS rampas kerusi PKR

PETALING JAYA: Kini wujud desakan supaya PAS mahu mengambil semula kerusi-kerusinya yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu, kata sumber hari ini.

Ia susulan tuntutan yang dibuat oleh penyokong dan ahli parti di negeri terbabit yang mahu calon PAS bertanding.

Antara paling kuat menyuarakan hasrat tersebut ialah para penyokong PAS Kelantan dan Negeri Sembilan.

“Ini bermakna kerusi-kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu akan ditandingi calon PAS.

“Ia termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR di Kelantan seperti kerusi Parlimen Machang yang dimenangi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

“Tetapi kerusi-kerusi lain juga tidak terlepas,” katanya.

Kerusi Parlimen Dungun ditandingi calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin walaupun ia merupakan kerusi tradisi PAS.

Di Negeri Sembilan, PAS negeri itu mahu menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Sikamat yang ditandingi calon PKR pada 2008.

“Ahli dan penyokong parti sudah menyuarakan perkara tersebut supaya PAS mengambil semula kerusi berkenaan. Sebahagian ahli yang lain pula mahu kerusi Serting dan Palong juga diambil dari PKR.

“Alasan mereka kerana tidak yakin dengan PKR yang diselubungi pergolakan demi pergolakan,” kata sumber itu.

Sementara itu, Exco PAS Pusat, Syed Azman Ahmad Nawawi ketika dihubungi berkata, perkara tersebut belum dibincangkan lagi dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Katanya, ini bermakna isu PAS mahu mengambil semula kerusinya yang sebelum ini ditandingi oleh calon PKR tidak timbul.

No comments: