Utusan Malaysia
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 14 Feb. - Masyarakat Orang Asli di negeri ini terkilan dan tidak berpuas hati dengan keengganan Kerajaan Pas Kelantan untuk mewartakan tanah tradisi milik mereka di Hulu Kelantan.
Wakil masyarakat tersebut, Azmi Badul berkata, sungguhpun mereka telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, tetapi ia tetap gagal menyelesaikan masalah tersebut.
Beliau mendakwa, kegagalan Kerajaan Pas Kelantan mewartakan kawasan tersebut telah menyebabkan pencerobohan berlaku secara berleluasa termasuk wujudnya program Ladang Rakyat, pembalakan dan perlombongan emas sehingga menyebabkan kawasan itu semakin mengecil.
"Kami bukan berasal dari Indonesia atau negara lain. Nenek moyang kami tinggal di sini sejak beribu tahun lalu. Maknanya kami, golongan Orang Asli berasal dari sini dan kerana itu kami kesal dengan pencerobohan berleluasa seperti pembalakan, Ladang Rakyat dan lombong emas. Begitu senang sekali aktiviti ini dilakukan.

"Masalah Ladang Rakyat ini berlaku di semua kampung disebabkan mereka tidak tanya pada Orang Asli di akar umbi dan hanya berhubung dengan Orang Asli tertentu sahaja untuk mendapat kelulusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar itu di JKR 10 di sini, hari ini.
Pada pertemuan tersebut, seramai 26 wakil masyarakat Orang Asli turut mengadakan dialog dengan Nik Abdul Aziz dan pegawai agensi-agensi Kerajaan Pas Kelantan.
Hasil pertemuan tersebut, Kerajaan Pas Kelantan berjanji untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat masalah yang berlaku terutama membabitkan isu tanah.
Azmi berkata, pihaknya mahu supaya kawasan tradisi mereka dijadikan sebagai hak mutlak dan tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak.
"Masalah ini kian memuncak apabila projek Ladang Rakyat bermula pada 2006. Ia tidak memberi penghormatan kepada Orang Asli yang tinggal di sini seperti di Gua Cha yang wujud sejak berpuluh ribu tahun lalu.
"Bukti kewujudan nenek moyang kami juga diceroboh. Air di kawasan kami juga tercemar.
"Kami percaya Menteri Besar dapat menyelesaikan masalah ini dan berharap penubuhan jawatankuasa ini akan benar-benar membela nasib kami," katanya.

No comments:
Post a Comment