Share |

Wednesday, 16 February 2011

Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor dan Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan -Mengecam Penahanan Ahli Parti Hak Asasi Manusia (HRP) oleh Polis

15hb Februari 2011
Kenyataan Media Bersama
Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (CRC-KLSCAH)
Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (CSC-LLG)
 “Mereka Cintai Negara Dengan Cara Lain” – Mengecam Penahanan Ahli Parti Hak Asasi Manusia (HRP) oleh Polis
 Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor dan Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok mengecam penahanan ahli-ahli Parti Hak Asasi Manusia oleh polis. Tindakan ini mencabul hak-hak asasi rakyat untuk menganjur perhimpunan aman dan kebebasan bergerak. Kami berpendapat salah guna kuasa polis telah mecapai satu tahap serius yang membimbangkan, kerajaan harus meminda Akta Polis dan menubuh Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) segera supaya salah guna kuasa polis dihentikan.
 Aktiviti Konvoi bantahan buku “Interlok” HRP sebenarnya tiada perbezaan dengan aktiviti konvoi gantung bendera orang awam ketika Hari Kemerdekaan, mereka cuma menunjukkan perasaan mereka terhadap isu-isu yang diprihatinkan. Kelakuan mereka adalah sama dengan orang awam biasa, mereka mencintai Negara kita dengan cara berlainan. Menunjukkan perasaan secara terbuka, menyebarkan pemikiran sendiri di tempat awam adalah biasa dalam satu masyarakat demokratik. Pihak polis sering menyekat hak-hak kebebasan bersuara organisasi masyarakat sivil, itulah sebab kedudukan demokrasi Malaysia semakin menurun dalam satu laporan demokrasi yang dikemukakan oleh The Economist baru-baru ini.
Kami menyeru kerajaan menangani saranan “Membantah Perkauman” dan “Anti-Interlok” HRP dengan langkah-langkah bertamadun dan dialog, bukanlah guna kekerasan dan penindasan memaksa suara rakyat dilenyapkan. Kami amat khuatir terhadap kesihatan dan keselamatan 22 ahli HRP yang menjalankan mogok lapar ( hunger strike) di lokap polis di Negeri Sembilan selepas penahanan mereka dipanjangkan. Kerajaan harus melepaskan 22 ahli HRP serta merta dan tanpa syarat berdasarkan semangat humanisme dan menghormati hak demokratik rakyat. Jika tidak, slogan Perdana Menteri Najib Razak “Rakyat diutamankan” akan terus dicemarkan.
Punca masalah ini ialah polis diberi kuasa terlalu besar, amalan penyalahgunaan kuasa yang tidak disekat selama ini turut merosakkan pasukan polis kita. Selain daripada penindasan terhadap perhimpunan aman, kes-kes salah guna kuasa polis terhadap Chia Buang Hing, A. Kugan dan Aminul Rasyid juga merisaukan rakyat. Kami menggesa kerajaan memansuhkan seksyen 27 Akta Polis yang menyekatkan kebebasan dan menubuh IPCMC serta merta, memulangkan hak asasi manusia dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia, mencegah sesesiapa menjadi mangsa salah guna kuasa polis yang seterusnya.
 [Kenyataan Media ini dihantarkan oleh Ng Yap Hwa, 012-2658448, Senior Executive Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok, sebarang pertanyaan sila hubungi saya]




Yo

No comments: