(MyMetro) - Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.
Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.
“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

1 comment:
Adalah sangat zalim untuk menyalahkan internet sekiranya terjadi keruntuhan rumahtangga. Internet ini seperti pisau. kalau pisau itu diberi kepada Maya Karin, dia akan guna untuk memotong kek yang enak untuk saya & dia makan bersama di tepi kolam renang, sambil saya cuba nasihat-nasihatkan dia memakai Bikini Muslim agar nggak menunjukkan bentuk tubuhnya yang indah itu.
TAPI kalau pisau yang sama diberi kepada Hang Jebat, pastinya tanpa menunggu walau 3 menit pun dia akan guna pisau yang sama itu untuk mengamuk membunuh para koruptor di Putrajaya.
Begitu juga dengan "alat kelakian" seseorang, sekiranya diguna untuk melakukan persetubuhan penuh nikmat dengan isteri yang halal, malah bisa jadi IBADAT pula karena membanyakkkan umat Rasulullah S.A.W tapi "alat" yang sama pula bisa jadi LAKNAT kalau diguna untuk berzina seperti kes Ariel dan Luna Maya.
Kesimpulannya, buruk atau baik sesuatu MEDIUM atau ALAT itu tergantung kpd KITA. Maka untuk mengatakan intenet bisa menghancurkan rumahtangga, kalau menurut saya nggak berapa betul. Semuanya tergantung kepada ORANG YANG MENGGUNAKAN Internet itu.
Bagi diri saya yang terpaksa "out-station" ke banyak negara karena urusan bisnis, internet adalah karunia Allah yang teramat indah sekali karena dgn internet saya bisa saja chatting hari-hari dengan isteri bagaikan pasangan "anak-muda yang sedang mabuk berpacaran" walaupun sudah 17 tahun bernikah. Dengan adanya internet juga saya bisa menatap wajah lembut & ayu isteri saya yang mendamaikan jiwa itu HARI-HARI secara "LIVE" guna Webcam.
Nah...kalau ada rumahtangga hancur karena ada pasangan yang curang menggunakan intenet, itu bukan salah Internet "mengandung", tapi salah isteri curang itu yang rela dimengandungkan oleh lelaki durjana teman selingkuhan!(Khairul Hisham Hassan. Warga Malaysia. Now di Jakarta. http://khairul-today.blogspot.com/)
Post a Comment