Share |

Monday 24 January 2011

200 ahli Gaps, Perkasa bantah sidang Dun Selangor

Kumpulan itu berdemonstrasi dan menyerah memorandum membantah sidang Dun yang berlangsung bagi meminda perlembagaan negeri

SHAH ALAM: Kira-kira 200 ahli Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjuk perasaan hari ini membantah sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (Dun) yang sedang berlangsung.

Seawal 9.30 pagi kumpulan tersebut mula berhimpun dan berarak di Dataran Shah Alam bagi menyerahkan memorandum bagi membantah pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kepada Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Kumpulan tersebut berarak daripada Dataran menuju ke bangunan SUK sehingga mengakibatkan keadaan lalu lintas tergendala di hadapan bangunan itu.

Kumpulan itu dihalang pasukan Polis Simpanan Persekutuan daripada menuju ke pintu utama bangunan SUK.
Namun hanya lima wakil sahaja dibenarkan untuk menyerahkan memorandum itu yang diterima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burung, Shamsuddin Lias untuk diserahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dibawa ke dewan hari ini.

Mereka yang dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut ialah Ketua Perkasa Selangor Abdullah Mansor, Pengerusi Gaps Hamizudin

Khairuddin, Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Salleh dan Ketua Umno Ampang, Ismail Kijo dan Ketua Umno Bahagian Shah Alam Ahmad Nawawi.

Ringkasan memorandum itu menyebut tentang pentadbiran Khalid yang lemah dan tidak mempunyai majoriti 2/3 untuk meminda perlembagaan negeri.

Malah tertera dalam memorandum itu bahawa pindaan tersebut sia-sia kerana bersifat ‘ultra vires’ (melampaui bidang kuasa) terhadap Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Persidangan Dun khas hari ini adalah untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikankuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Keputusan untuk mengadakan sidang ini dibuat  berikutan pertemuan Khalid dengan Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, di mana baginda bertitah bahawabaginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh SPA.

No comments: