Oleh Jamilah Kamarudin - Free Malaysia Today,
SHAH ALAM: Rakan sebaya mangsa kejadian tembakan polis Aminulrasyid Amzah hari ini mengesahkan remaja itu dalam tempoh kejadian baru sahaja pandai memandu kereta.
Saksi ke-35 Mohd Zubir Salleh,15, yang juga rakan sekolah saksi utama Azamuddin Omar berkata, Aminulrasyid pernah menggunakan kereta milik abangnya untuk belajar memandu bersama hanya sekali antara Februari hingga April lalu.
Kawan baik Aminulrasyid sejak kecil itu juga mengakui dirinya tahu memandu namun tidak pernah naik kereta bersama Aminulrasyid.
Beliau tidak dapat memastikan sama ada Azamuddin turut tahu memandu kereta.
"Kadang-kadang saya bawa kereta emak (tanpa lesen) pergi pasar berdekatan," kata pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen11 di sini.
Ketika ditanya peguam bela M Athimulan tentang kesalahan memandu tanpa lesen, beliau mengakuinya.
"Ada pernah tegur Aminulrasyid salah bawa kereta tanpa lesen?," soal Athimulan.
"Tidak, tak pernah tegur. Saya pun tiada lesen," balasnya spontan sehingga mencuit hati hakim dan orang awam dalam mahkamah.
Beg berisi baju
Rakan rapat Aminulrasyid sejak sekolah rendah itu turut memberitahu mahkamah, Azamuddin ada memberinya bungkusan beg plastik berisi baju yang dipakainya pada malam kejadian tembakan.
Katanya, pada pukul 7.20 pagi 26 April lalu sebelum sesi persekolahan bermula, beliau terserempak dengan Azamuddin yang berada diluar pagar utama sekolah lengkap beruniform membawa sebungkus beg plastik berada dalam keadaan sedih.
Melihat raut wajah Azamuddin seperti dirundung masalah, Mohd Zubir menegurnya dan menyuruh beliau memanggil rakan-rakan sebaya yang lain untuk berjumpa dalam tandas sekolah.
Selepas selesai perhimpunan pagi Isnin, Mohd Zubir dan rakan sebaya yang lain pergi ke tandas sekolah dan Azamuddin menyuruhnya menyimpan beg plastik berisi baju sebelum bercerita tentang peristiwa pada malam kejadian.
"Dia (Azamuddin) bagi beg baju yang dipakai semasa dia dan arwah (Aminulrasyid) dikejar polis pada malam kejadian.
"Dia juga cerita arwah Aminulrasyid sudah meninggal dunia kerana dikejar dan ditembak polis bermula di sebuah stesen minyak berhampiran seksyen 9.
"Dia cerita tak sampai 10 minit, kemudian rakan yang lain menangis agak lama selepas dengar cerita Azamuddin," katanya.
Jumpa emak
Mohd Zubir juga berkata, Azamuddin menceritakan kepada beliau dan rakan yang lain tentang insiden pelanggaran dengan kereta lain di sebuah restoran serta insiden kereta dipandu Aminulrasyid dikejar motosikal.
"Ada tahu Aminulrasyid bawa kereta laju pada malam kejadian?" soal Athimulan.
"Ada. Azamuddin ada bagitau Aminulrasyid bawa (kereta) laju sebab nak jumpa mak dia,"katanya.
Mohd Zubir juga ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar tentang tujuan Azamuddin memberinya bungkusan baju yang dipakainya pada malam kejadian, beliau tidak pasti.
Zubir: Saya tak tahu sebab apa Azamuddin bagi tapi dia cakap suruh simpan.
DPP: Ada tengok baju apa yang diberi?
Zubir: Tak. Saya tak sempat tengok.
DPP: Kenapa awak sanggup simpan?
Zubir: Saya tak kisah.
Katanya lagi, selepas tamat sekolah pada waktu tengahari beliau membawa bungkusan baju itu dan menyorokkannya dibelakang sekeping zink di lorong kecil bersebelahan rumahnya di Seksyen 11.
"Saya letak situ sebab takut mak saya tahu saya pegang baju Azamuddin," katanya.
Bungkusan plastik berisi baju itu bagaimanapun katanya diambil pasukan polis forensik pada malam itu selepas Azamuddin memberitahu polis baju itu berada dengannya.
Mahkamah sebelum itu turut mendengar keterangan saksi yang juga pemilik kereta Toyota Celica Nor Syafiq Ariff Shapri, 23, mengenai kejadian keretanya yang dilanggar Proton Iswara Aeroback di Restoran Ali's Corner pada malam kejadian.
Perbicaraan bersambung semula 6 Disember depan.
Turut baca:

No comments:
Post a Comment