Share |

Friday 22 October 2010

Pelajar UKM dan kakitangan terlibat himpunan agong Umno

Gambar di atas merupakan gambar yang dipetik dari sebuah akhbar arus perdana tempatan yang merakamkan raptai perasmian Mesyuarat Agong Umno.

Dalam gambar tersebut dengan jelas dibulatkan ialah pelajar UKM. Difahamkan melalui maklumat yang diperolehi mesyuarat agong Umno memang biasa melibatkan pelajar universiti yang dibayar elaun secara harian.

Kali ini dengan jelas gambar yang tersiar dalam media arus perdana ini merakamkan keterlibatan mereka. Dipercayai sekumpulan pejajar dari UKM serta kakitangan turut terlibat.

Ini menunjukkan bukti jelas bahawa AUKU itu hanya alat untuk pertahan regim pemerintah dengan memandulkan terus minda warga universiti di Malaysia. AUKU mengekang warga universiti khususnya pelajar dari terlibat dalam politik, namun bila ia melibatkan politik parti regim penguasa maka AUKU hilang kukunya.

Bukan sedikit mahasiswa yang diambil tindakan kerana hanya disyaki terlibat menyokong idea parti selain regim penguasa. Menteri Pengajian Tinggi, Mohamaed Khalid Norden harus tampil memberikan penjelasan ini.

Perkembangan ini seharusnya menjadi pemangkin untuk warga universiti untuk bangkit menentang AUKU. Hanya dengan kuasa mampu memusnahkan AUKU.

Kepada semua warga universiti, bangkitlah. Kepada yang berani nyatakan desakan dengan terang, Mansuhkan AUKU! atau sekurang kurangnya asas yang harus dilakukan pastikan diri anda dan teman-teman daftar sebagai pengundi berdaftar dengan SPR dan bila tiba masa humban regim penguasa hipokrit ini.

No comments: