Share |

Monday, 18 October 2010

Khalid’s decision not to contest: Selangor rakyat comes first

While we wait on a hopefully upcoming website for the MB, I thought I would help share a press statement released today
THE SELANGOR RAKYAT COMES FIRST
I would like to thank all those who supported my candidacy for the post of Deputy President in the coming Parti Keadilan Rakyat elections. Their trust, confidence and willingness to always put the interests of the rakyat first remain an enduring source of inspiration for me.
I would also like to express my gratitude to the special consultation committee – Saudara Tian Chua, Puan Irene Fernandez, Tuan Syed Shahir and Dr Muhammad Nur Manuty – who spent much of their valuable time meeting various leaders in the past week.
My interest in contesting the party elections was informed by a desire to strengthen party unity and promote a commitment to a healthy political culture and principles above all else. I continue to harbour these aspirations for the good of the party and for all Malaysia. After careful and considered discussion with the special committee members, my political secretary Faekah Husin and key Reformasi activist leaders, I am convinced I can advance these goals best by not contesting any of the top party posts in these elections.
The Pakatan Rakyat led Selangor state government is in many ways a blueprint for a Pakatan Rakyat led federal government. In view of the upcoming general elections, I feel my highest duty is to demonstrate the kind of dynamic, principled and rakyat-centric governance that will inspire confidence in Malaysians throughout the country and help spread the Reformasi spirit all the way to Putrajaya.

I also see it as my duty and goal to retain the stronghold that is the Selangor state government. With our continued commitment to the welfare of the rakyat through the Merakyatkan Ekonomi Selangor agenda, we can safely aim to surpass a two thirds majority in the next state elections, retain the current parliamentary seats and deliver the remaining five BN-held seats towards the effort of forming the federal government
The massive focus that has been channeled into the Klang Valley in the recently announced federal budget has also been a factor in my decision. The Greater Kuala Lumpur plan involves projects worth billions of ringgit and it is crucial for the Selangor government to play a major role in ensuring that these projects are managed efficiently and transparently.
To safeguard the interests of the rakyat, the Selangor Government will monitor and scrutinise these developments. We will be paying special attention to the tender process for all projects, especially those involving the construction of commuter and LRT routes (possibly too specific for a statement of this nature and subject), to ensure that the contracts awarded do not profit crony companies at the expense of the rakyat.
In conclusion, I would like to note again that I am confident in the abilities of all the candidates I have seen nominated for top party positions, and am optimistic about their potential to rejunevate the spirit of Reformasi for the party while we in the Selangor state government remain focused in our efforts to realise a genuinely rakyat-centric government. I call on all candidates to maintain the highest standards of a healthy political culture throughout the campaign, and hope they will set an example worthy of aspirants to the federal government.
I look forward to a campaign that will feature sophisticated discourse with regards to the ideals and direction of our party, and a comprehensive roadmap to success in the next general elections. I wish all candidates and members the very best – may these historic elections pave the way for a better Malaysia.
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR
*
RAKYAT SELANGOR DIUTAMAKAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang menyokong pencalonan saya sebagai Timbalan Presiden pada Pemilihan PKR 2010. Kepercayaan dan komitmen mereka kepada kebajikan rakyat merupakan satu inspirasi yang berterusan kepada saya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa khas – Saudara Tian Chua, Puan Irene Fernandez, Tuan Syed Shahir dan Dr Muhammad Nur Manuty – yang telah menyumbang masa untuk bertemu dengan pemimpin dan akar umbi parti minggu lepas ini.
Minat saya untuk bertanding adalah berdasarkan keinginan untuk menguatkan muafakat parti dan mempromosikan budaya politik yang sihat serta komitmen yang tidak berbelah bagi kepada prinsip-prinsip murni.
Aspirasi saya adalah untuk menyuburkan pendirian ini demi parti dan demi seluruh Malaysia. Setelah perbincangan yang mendalam dengan jawatankuasa khas, setiausaha politik saya Faekah Husin dan beberapa pemimpin Reformasi, saya yakin saya boleh lebih merealisasikan objektif-objektif ini tanpa bertanding untuk mana-mana jawatan tertinggi parti dalam pemilihan tahun ini.
Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat boleh dikatakan sebagai contoh sebuah Kerajaan Persekutuan yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Memandangkan pilihan raya umum yang akan datang, tugas pertama saya adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat Perseketuan. Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat Reformasi sehingga ke Putrajaya.
Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat. Dengan komitmen berterusan kami kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, kami berkeyakinan untuk mensasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum.
Satu lagi faktor terhadap keputusan saya adalah fokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan. Projek “Greater Kuala Lumpur” melibatkan projek berbilion-bilion ringgit, dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus.
Demi menjamin kepentingan rakyat, kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini. Khususnya, kami akan memerhati proses tender, terutamanya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam untuk memastikan kontrak-kontrak yang dianugerahkan tidak hanya memanfaatkan syarikat kroni dan merugikan rakyat.
Saya cukup yakin dengan kebolehan setiap calon yang telah menerima pencalonan untuk bertanding dalam pemilihan PKR, dan mengalu-alukan potensi mereka untuk menyegarkan semangat Reformasi dalam parti; pada masa yang sama, kami di kerajaan negeri Selangor terus fokus terhadap menyempurnakan agenda kerajaan berpaksikan rakyat.
Saya berharap semua calon akan mengamalkan kempen yang berasaskan budaya politik sihat yang wajar bagi bakal pemimpin negara.
Semoga pemilihan PKR penuh dengan perbincangan mendalam mengenai prinsip-prinsip asas serta halatuju parti kita serta rancangan mantap untuk mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang. Saya mengucapkan selamat bertanding dan selamat mengundi kepada setiap calon dan ahli parti – kita harapkan pemilihan ini akan jadi langkah pertama bagi merealisasikan harapan baru untuk Malaysia.
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: