Share |

Sunday 26 September 2010

Mustaffa kalah di Pasir Salak, Azmin terus unggul dihadapan

Oleh Fazy Sahir, Rahmah Ghazali dan Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: Pemilihan bagi cabang Pasir Salak hari ini menyaksikan kejutan apabila naib presiden Mustaffa Kamil Ayub tewas ditangan bekas pengerusi MPN Osman Abdul Rahman.
Osman berjaya memungut 111 undi manakala Mustaffa 99 undi iaitu perbezaan 17 undi.
Menurut Osman pencalonannya bermula dengan desakan ahli yang mahu beliau bertanding dan kemenangannya hari ini adalah jasa-jasa mereka yang mengundi beliau.
"Kemenangan ini adalah kemenangan ahli PKR di cabang saya. Ini kehendak ahli-ahli saya yang mahu saya bertanding sebelum ini. Saya hanya menyahut cabaran dan kehendak mereka. Moga-moga kemenangan ini dapat memenuhi kehendak rakyat secara keseluruhannya," katanya yang dihubungi FMT.
Namun ada perkhabaran yang kurang enak diterima FMT apabila Mustaffa telah membuat bantahan awal sejak 5 September lalu berhubung pencalonan Osman itu.
Menurut setiausaha negeri Anuar Zakaria, bantahan itu dibuat ekoran Osman, pencadang dan penyokong gagal membayar yuran pencalonan.
Ini secara tidak langsung Osman hilang kelayakan untuk bertanding bagi merebut jawatan ketua cabang itu.
Anuar turut menyatakan kekesalan ekoran Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak telus dalam membuat penilaian dan keputusan.
"Melalui pra-syarat pencalonan calon, pencadang dan penyokong perlu membayar yuran pencalonan sama ada sebelum atau hari penamaan calon.Namun Osman gagal berbuat demikian sehinggalah hari penamaan calon. Dia sah tidak bayar yuran."
"JPP tidak telus mengenai perkara ini, sepatutnya mereka tidak menyebelahi mana-mana pihak.Sepatutnya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sudah menyediakan senarai muktamad calon seminggu sebelum pemilihan.
"Malah kita dah buat kenyataan media kepada JPP sebelum ini. Namun selama 20 hari ini mereka masih tidak buat keputusan," kata beliau ketika dihubungi FMT.
Saifuddin layak bertanding, Azmin jauh meninggalkan Zaid
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang sebelum ini menanti-nantikan pencalonannya untuk jawatan naib presiden akhirnya layak untuk bertanding jawatan tersebut.
Ini berikutan dua cabang iaitu cabang Wangsa Maju dan Segambut, masing-masing dari Wilayah Persekutuan mencalonkan beliau untuk jawatan naib presiden.
Manakala ahli parlimen Gombak Azmin Ali sudah jauh meninggalkan pesaing terdekatnya Zaid Ibrahim dengan menerima 19 pencalonan di sembilan buah negeri yang bermesyuarat hari ini.
Dalam pada itu, Zaid pula mendapat enam pencalonan, terutamanya di Wilayah Persekutuan dan Johor.
Walaubagaimanapun, seorang lagi pencabar Mustaffa Kamil Ayub mengekori rapat dengan tujuh pencalonan dengan undian majoriti di Perak.
Dr Mohd Noor Manuty yang sebelum ini mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding dalam apa-apa jawatan, pertama kalinya menerima tiga pencalonan di Perak sekaligus melayakkannya untuk bertanding jawatan naib presiden.
Manakala Datuk Chua Jui Meng menambah pencalonannya yang sekaligus turut melayakkan beliau untuk bertanding jawatan yang sama dengan Manuty.
Berikut adalah keputusan pencalonan yang diterima oleh FMT untuk mensyuarat yang berlangsung hari ini.
Sabah:
Presiden:
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (5 pencalonan)
Timbalan:
Azmin Ali (3)
Zaid Ibrahim (1)
Naib Presiden:
Zaid Ibrahim (1)
Dr Xavier (2)
Mansor Othaman (3)
Mustaffa Kamil Ayub (2)
Ansari Abdullah (3)
Dr Jeffery Kitingan (1)
Nurul Izzah Ibrahim (1)
Fuziah Salleh (1)
Azmin Ali (1)
Jimmy Donald (1)
Sarawak:
Presiden:
Wan Azizah (3)
Timbalan Presiden:
Azmin Ali (2)
Zaid Ibrahim (1)
Naib Presiden:
Nurul Izzah (2)
Tian Chua (2)
Dominic Ng (2)
Mansor Othman (2)
Dr Jeffery Kitingan (1)
Tan Sri Khalid Ibrahim (1)
Baru Bian (1)
Selangor
Presiden:
Wan Azizah (1)
Timbalan Presiden:
Azmin Ali (1)
Naib Presiden:
Dr Xavier (1)
Yahya Shari (1)
Abdullah Sani (1)
Shamsul Iskandar Md Akin (1)
Terengganu
Presiden:
Wan Azizah (3)
Timbalan Presiden:
Azmin Ali (3)
Naib Presiden:
Mustaffa Kamil Ayub (2)
Nurul Izzah (2)
Mansor Othman (2)
Shamsul Iskandar Md Akin (2) Dr Lee Boon Chye (1)
Tian Chua (1)
Fuziah Salleh (1)
Baru Bian (1)
Kuala Lumpur/Putrajaya
Presiden:
Wan Azizah (5)
Timbalan Presiden:
Zaid Ibrahim (2)
Azmin Ali (2)
Mustaffa Kamil Ayub (1)
Naib Presiden:
Saifuddin Nasution (2)
Tian Chua (4)
Nurul Izzah (2)
Dr Lee Boon Chye (1)
Khalid Ibrahim (2)
Mustaffa Kamil Ayub (1)
Fuziah Salleh (3)
N Gobalakrishnan (1)
S Suresh (1)
James Ghani (1)
R Sivarasa (1)
Shamsul Iskandar Md Akin (1)
Perak
Presiden:
Wan Azizah (6)
Datuk Seri Anwar Ibrahim (1)
Timbalan Presiden:
Mustaffa Kamil Ayub (5) Azmin Ali (1)
Naib Presiden:
Fuziah Salleh (4) Dr Lee Boon Chye (3)
N Gobalakrishnan (4)
Nurul Izzah (1)
Dr Mohd Noor Manuty (3)
Tian Chua (1)
Shamsul Iskandar Md Akin (3) Mansor Othman (1)
Khalid Ibrahim (1) R Sivarasa (1)
Melaka
Presiden:
Wan Azizah (2)
Timbalan Presiden:
Azmin Ali (2)
Naib Presiden:
Musatffa Kamil Ayub (2)
Fuziah Salleh (2)
Shamsul Iskandar Md Akin (2)
R Sivarasa (1)
N Gobalakrishnan (1)
Johor
Presiden:
Wan Azizah (4)
Timbalan Presiden:
Zaid Ibrahim (2)
Azmin Ali (1)
Naib Presiden:
Datuk Seri Chua Jui Meng (3)
Fuziah Salleh (1)
Mustaffa Kamil Ayub (1)
Saiman Marzuki (1)
Nurul Izzah (1)
Tian Chua (1)
Shamsul Iskandar Md Akin (1)
Pulau Pinang
Presiden:
Wan Azizah (4)
Timbalan Presiden:
Azmin Ali (4)
Naib Presiden: Shamsul Iskandar Md AKin (3)
Mansor Othman (4)
Dr Lee Boon Chye (2)
Yusmadi Yusoff (2)
Fuziah Salleh (2)
Dr Xavier (2)

No comments: