Berita Harian
Ia mampu menjadi panduan kepada pihak berkuasa untuk menyekat masalah jenayah, namun soal sejauh mana ia mampu dilaksanakan bagi menyimpan data kira-kira 27 juta penduduk di negara ini perlu dikaji, katanya.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan, bagaimanapun melihat cadangan itu tidak praktikal kerana kerajaan akan mengalami kesukaran mengumpulkan DNA penduduk pelbagai kaum dan akan menelan perbelanjaan yang banyak.
Tidak praktikal jika kerajaan mahu menubuhkan pangkalan data sendiri berikutan faktor penduduk yang ramai dan ia bakal membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi, katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, berkata negara memerlukan perubahan selaras negara membangun untuk mempunyai pangkalan data sendiri.
Jais berkata, pangkalan berkenaan tidak terhad untuk kes pembuangan bayi saja, sebaliknya diaplikasi pada beberapa kes lain seperti mengenal pasti identiti mangsa kemalangan dan kes penyeludupan bayi.
Setiap individu akan lebih berhati-hati untuk melakukan jenayah berikutan tahu dan bimbang bakal dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan. Justeru, cadangan ini wajar dilaksanakan segera dan pelaburan kos pengurusan juga berbaloi serta lebih murah jika dilaksanakan secara besar-besaran, katanya.
Mengulas keperluan rekod DNA untuk warga negara asing, Jais meminta pihak berkuasa supaya melaksanakan tindakan yang sama terhadap mereka.
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak memberikan reaksi berbeza mengenai cadangan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya diwujudkan pangkalan data termasuk rekod ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menangani gejala pembuangan bayi di negara ini.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kerajaan perlu mengkaji cadangan itu sebelum dilaksanakan kerana perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kos pengurusan dan agensi pelaksana.
Beliau yang menyambut baik cadangan berkenaan bagaimanapun berkata, penubuhan pangkalan data DNA mampu menjadi pemangkin kepada pencegahan jenayah dan praktikal untuk dilaksanakan.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kerajaan perlu mengkaji cadangan itu sebelum dilaksanakan kerana perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kos pengurusan dan agensi pelaksana.
Beliau yang menyambut baik cadangan berkenaan bagaimanapun berkata, penubuhan pangkalan data DNA mampu menjadi pemangkin kepada pencegahan jenayah dan praktikal untuk dilaksanakan.
Ia mampu menjadi panduan kepada pihak berkuasa untuk menyekat masalah jenayah, namun soal sejauh mana ia mampu dilaksanakan bagi menyimpan data kira-kira 27 juta penduduk di negara ini perlu dikaji, katanya.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan, bagaimanapun melihat cadangan itu tidak praktikal kerana kerajaan akan mengalami kesukaran mengumpulkan DNA penduduk pelbagai kaum dan akan menelan perbelanjaan yang banyak.
Tidak praktikal jika kerajaan mahu menubuhkan pangkalan data sendiri berikutan faktor penduduk yang ramai dan ia bakal membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi, katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, berkata negara memerlukan perubahan selaras negara membangun untuk mempunyai pangkalan data sendiri.
Jais berkata, pangkalan berkenaan tidak terhad untuk kes pembuangan bayi saja, sebaliknya diaplikasi pada beberapa kes lain seperti mengenal pasti identiti mangsa kemalangan dan kes penyeludupan bayi.
Setiap individu akan lebih berhati-hati untuk melakukan jenayah berikutan tahu dan bimbang bakal dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan. Justeru, cadangan ini wajar dilaksanakan segera dan pelaburan kos pengurusan juga berbaloi serta lebih murah jika dilaksanakan secara besar-besaran, katanya.
Mengulas keperluan rekod DNA untuk warga negara asing, Jais meminta pihak berkuasa supaya melaksanakan tindakan yang sama terhadap mereka.
No comments:
Post a Comment