Dari TV Selangor
Oleh Mohd Ezli Mashut
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melabel Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin Yasin sebagai ‘batu api’ kerana cuba melaga-lagakan parti gabungan Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PAS dengan memanipulasi isu pemansuhan diskaun pembelian hartanah mewah.
Isu itu mendapat tempat dan ruang besar dalam media kawalan Umno Barisan Nasional hingga menimbulkan polemik berpanjang berikutan Umno memutar belit fakta dengan menuduh Pakatan Rakyat mahu memansuhkan hak keistimewaan bumiputera.
Hakikatnya, pemansuhan diskaun itu hanya melihatkan hartanah mewah manakala diskaun terhadap premis kos sederhana dan rendah terus kekal.
Cadangan pemansuhan diskaun berkenaan dibawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tetapi faktanya dimanipulasi dengan gambaran kononnya semua diskaun pembelian hartanah bumiputera, dimansuh.
Pada sidang media, Khalid Samad menegaskan golongan Bumiputera yang kaya tidak wajar memperoleh diskaun kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang dengan golongan berpendapatan rendah
“Memang pada dasarnya, kita ada satu Timbalan Perdana Menteri yang suka nak jadi batu api. Dia cuba laga-lagakan antara kenyataan Tony Pua dan Datuk Seri Guru Abdul Hadi sedangkan prinsip yang mahu dikemukakan ialah satu prinsip yang wajar untuk kita fikirkan bersama.
“Kita beri diskaun kepada orang Melayu, jurang antara Melayu yang kaya dan miskin tetapi akhirnya memberikan kelebihan kepada Melayu yang kaya kerana Melayu yang miskin,” katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya pendekatan baru dirangka dalam menangani isu diskaun pembelian hartanah mewah supaya ia memberi manfaat secara langsung kepada bumiputera berpendapatan rendah.
“Saya mencadangkan pendekatan yang mengadunkan kedua-duanya apabila isu yang ditimbulkan Tony Pua ialah diskaun sepatutnya tidak diberi kerana mereka sudah kaya.
“Pada dasarnya, saya setuju,Datuk Seri Presiden menimbulkan persoalan istimewa orang Melayu dan keperluan untuk membantu masyarakat orang Melayu yang lagi ketinggalan dari segi ekonomi dan sebagainya,” katanya.
Khalid Samad mencadangkan supaya diskaun pembelian hartanah mewah disalur kepada pembelian rumah kos rendah dan sederhana.
“Apa yang nak dicadangkan ialah supaya diskaun yang dinafikan kepada orang kaya itu digunakan untuk memberikan diskaun yang lebih tinggi kepada rumah yang bawah RM500,000 dan bangunan komersil yang di bawah RM2 juta.
“Maknanya diskaun itu tidak ada tetapi digunakan untuk memungkinkan orang yang tak sekaya membeli rumah yang RM100,000, RM200,000 dan sebagainya tujuh diskaun,kita boleh cover diskaun rumah yang murah itu 10 peratus diskaun,” katanya.

No comments:
Post a Comment