Gelangang telah kami sediakan, gelanggang terbuka yang akan dihadiri ribuan Melayu yang mencari jawapan bagaimana mereka dipinggirkan..
By Anak Sungai Derhaka
100 keping Banner kami dah naikkan di simpang-simpang jalan .. dari Pulau hingga ke Seberang Perai di Tanah Besar..
50,000 keping Handbill pun dah diedarkan kehampir seluruh Masjid-Masjid di Pulau Pinang dan juga Seberang Perai..
SMS dan e-mail juga telah dikirim, YB Sim pun dah update dalam facebook nya..
Permit perhimpunan pun dah dipohon dan juga telah diluluskan oleh pihak Polis..
Kebenaran menggunakan Tapak Ekspo Seberang Jaya pun dah diperolehi segala persiapan akan kami uruskan esok malam..
Anil Netto dan Wartawan Rasmi Laman Reformasi juga telah bersedia untuk membuat liputan secara live..
Sound System terbaik di Pulau Pinang pun dah bersedia dan akan dipasang pada petang Ahad ni bersama dengan 2 screen untuk projector..
Unit Amal, Unit Ehsan, Team Amal dan UKP (Unit Keselamatan Parlimen) telah dikerahkan untuk membantu melancarkan program..
Semua itu kami buat untuk menyambut kehadiran kehadiran Pejuang-Pejuang Bangsa Melayu yang sangat prihatin dengan nasib masyarakat Melayu Pulau Pinang ini..
Kami lakukan untuk menyambut Ketua Pemuda UMNO Norman Zahalan yang telah mengoyak surat jemputan kami hari itu dan menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri..
Kami lakukan juga untuk menyambut Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang yang telah mengatakan dia tidak mahu melayan cabaran dari 'ikan bilis' macam kami ini..
Juga kami telah sediakan kerusi yang empuk buat Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung biar dia selesa bila berbicara.. walaupun katanya dia hanya mahu berdebat dengan Guan Eng Ketua Menteri kami..
Gelangang telah kami sediakan, gelanggang terbuka yang akan dihadiri ribuan Melayu yang mencari jawapan bagaimana mereka dipinggirkan..
Gelanggang buat korang bertiga menunjukkan kepada Rakyat Pulau Pinang, orang-orang Melayu khasnya betapa gigihnya korang memperjuangkan Nasib Melayu Pulau Pinang..
Segalanya kami sediakan sebaik mungkin dengan peruntukan yang terhad..
Tiada apa yang perlu anda bertiga bawa kecuali otak yang telah terpahat dengan hujjah yang membuktikan bahawa Melayu Pulau Pinang memang dipinggirkan dan juga telur korang.. itupun kalau anda bertiga mempunyai telur…
Gelanggang untuk DEBAT PERDANA 2010 yang akan berlangsung pada 7 Mac 2010 ini..
No comments:
Post a Comment