Share |

Saturday, 27 March 2010

Pendedahan Zulkifli: Ezam tawar bantu polis siasat

(Bernama) - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mohamad Ezam berkata, beliau sedia dipanggil oleh pihak polis pada bila-bila masa bagi tujuan itu.

“Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telahpun berlaku,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Mohamad Ezam berkata, beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu, namun diberikan arahan yang berbunyi: “kamu bedallah dulu”.

"Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu,” katanya.

No comments: