Malah mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah terdekat iaitu Sekolah Tamil Maha Jothi di mana jumlah pelajar telah melebihi dan menghadapi masalah kekurangan kerusi. Sebuah van lama berfungsi sebagai bas sekolah membawa seramai 30 pelajar macam disumbat dalam tin sardin. Van ini telah kemalangan pada awal tahun lepas dan telah meragut nyawa beberapa pelajar. Para ibu bapa pula bertekad akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini sekiranya perkhidmatan bas sekolah disediakan. Dalam mengatasi risiko penutupan sekolah para guru sekolah ini sedang mendaftar anak-anak mereka dan anak saudara dan memberi perkhidmatan pengangutan sendiri secara sukarela. Sekolah Tamil Kuala Muda Home yang mencatat peningkatan dari 16% kepada 45% berharap agar dapat meningkatkan peratus pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini. Sekiranya masalah pengangkutan ini dapat diatasi, maka ia akan membuka ruang supaya lebih ramai lagi pelajar akan didaftarkan di sekolah ini malah lebih ramai lagi guru dapat diberi peluang untuk berkhidmat.
No comments:
Post a Comment