(Utusan Malaysia) - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menggesa kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkaji semula kedudukan dan kerjasama parti itu dengan DAP di Pulau Pinang.
Menurutnya, setelah mendedahkan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pemimpin cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya, kepimpinan tertinggi PKR perlu mengambil langkah terbaik demi kelangsungan parti itu.Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, dasar yang dibawa Guan Eng sejak memerintah Pulau Pinang telah memberi masalah kepada pemimpin PKR di negeri itu yang kebanyakannya bertanggungjawab terhadap kawasan dan masyarakat Melayu.
‘‘Guan Eng kata dia khalifah, khalifah apa kalau gerai-gerai tanpa lesen milik peniaga Melayu ditarik balik dan premis mereka dirobohkan.
‘‘Tidak timbul persoalan mengenai tindakan saya seterusnya, cuma dengan pendedahan ini, saya serahkan kepada kepimpinan tertinggi PKR untuk mengkaji kedudukan PKR di Pulau Pinang,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment