Ingat gambar ini, aksi membakar salinan dokumen rasuah yang mengakibatkan che'GuBard 'hendak' disaman JAS kerana mencemarkan alam. sila klik sini dan sila klik sini untuk membaca lanjut.
Ini gambar semalam Umno demo depan Dewan DUN Pulau Pinang, sama juga bakar tapi mana JAS.....Polis pun di lihat memberikan ruang dan kerjasama bagus sepanjang demo termasuk demo di Kota Bharu.... kalau che'GuBard kata ada yang jadi kuda Bn depa marah tapi.... iskh iskh...
Pada 3 Disember 2009, akan diadakan Himpunan bersama Solidariti Anak Muda (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menghantar laporan rasmi ke Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan PDRM, 9.00 pagi, berkumpul depan pintu utama i/pejabat PDRM Bukit Aman (kaw. letak kereta Tasik Perdana, KL) harap Polis dapat beri kerjasama ..... tapi JAS tak payah 'standby' sebab kali ini tak ada bakar-bakar.... hahahaha.....
Apapun cheGuBard sokong kebebasan berhimpun dan menyatakan pendapat secara terbuka, cuma harap polis boleh bertindak berdasarkan undang - undang dan prinsip hak asasi bukan umpama kaldai yang ikut tuan mana yang bagi makan......
No comments:
Post a Comment