Saya dan Azizah ke Bangsar menziarah sahabat Father OC Lim yang sedang pulih kesihatannya setelah pembedahan jantung. Beliau merupakan paderi yang tegas memperjuangkan hak asasi dan keadilan. Malah semasa saya merengkok di penjara, beliau sering mendoakan kesejahteraan saya dan moga segera dibebaskan dari cengkaman kezaliman.
Ada secebis kisah menyayat hati tatkala beliau masuk ke kamar bedah IJN. Adik perempuannya menanyakan samada tanda salib boleh diletakkan di samping adiknya. Doktor Muslim tersebut membenarkan dengan syarat dimasukkan dalam sampul plastik yg disediakan. Namun sebelum dimasukkan bius (anestatik), doktor membisikkan ke telinga Father OC Lim, “biasanya bagi pesakit Muslim, saya bacakan Al Quran; dan saudara seorang Nasrani, sila beritahu bahagian mana dari kitab Injil yang harus saya bacakan?”
Father OC menjawab sayu,”dari Psalm 23.”
Maka segera dibacakan doktor peringatan Tuhan agar tidak gentar dan meyakini kudrat Tuhan. Pesakit khusyuk dan tenang sehinggalah sedarkan diri 4 hari kemudiannya.
Kami mendoakan semoga beliau segera sembuh, berjuang sambil mencatat pengalamannya.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment