Share |

Thursday, 22 October 2009

Forum Orang Muda: Jom Turun Ramai-Ramai

By Haris Ibrahim,

Etnik, Agama Dan Raja: Kesannya Terhadap Perkembangan

Demokrasi Di Malaysia…..Apa Kata Orang Muda?

Pendapat orang muda jarang mendapat tempat. Pandangan orang muda sukar mendapat ruang. Suara orang muda kurang pula diberi peluang.

Menyedari hal ini, Penerbitan Gerakbudaya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan suatu forum perbincangan dengan membariskan beberapa orang tokoh muda dari pelbagai latarbelakang sebagai panelis untuk berbincang dan menyuarakan fikiran mereka tentang persoalan-persoalan “panas” yang telah dan sedang melanda tanah air kita dewasa ini.

Apa pandangan orang muda tentang soal etnik? Apa pendapat orang muda tentang soal agama? Apa pula fikiran orang muda tentang soal Raja? Apakah pula pemahaman orang muda tentang demokrasi? Adakah etnik, agama dan Raja memberi kesan terhadap perkembangan demokrasi di negara kita ini? Adakah kesannya negatif atau positif? Adakah ianya menghalang atau membantu di dalam proses pendemokrasian negara kita? Apa kata orang muda? Apa analisa orang muda? Apa suara orang muda?

Untuk mengetahui suara orang muda di dalam membincangkan persoalan-persoalan “panas” ini, jom kita ramai-ramai datang, hadir dan sertai forum orang muda ini. Walau pun panelisnya orang muda tetapi forum ini terbuka untuk semua, muda dan tua, baru dan lama.

Berikut adalah maklumat tentang forum orang muda ini:

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Hari SABTU)

Masa

: 2.30 Petang – 5.00 Petang

Tempat : KL & Selangor Chinese Assembly Hall, No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

(Bangunan sebuah berwarna putih di hadapan Stesyen Monorail Maharajalela).

Biodata Ringkas Para Panelis Muda di Forum Orang Muda:

Fahmi Reza:

Fahmi Reza ialah seorang pereka grafik dan pembikin filem dokumentari yang menggunakan seni sebagai medium untuk membangunkan kesedaran di kalangan orang muda ke arah perubahan sosial dan politik yang lebih adil dan demokratik. Beliau telah menghasilkan dua buah filem dokumentari sejarah perjuangan politik radikal yang berjudul “10 Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi 48”. Filem dokumentari beliau yang berjudul “10 Tahun Sebelum Merdeka” (http://10tahun.blogspot.com) telah menjadi sebuah filem dokumentari “cult” yang cukup popular di kalangan anak-anak muda.

Shazni Munir Mohd Ithnin:

Shazni Munir adalah pemimpin mahasiswa yang masih menuntut di Universiti Malaya dan aktif dalam gerakan mahasiswa di tingkat

nasional. Selain dari menerajui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dan memimpin Gabungan Mahasiswa Islam

Semenanjung (GAMIS), beliau juga merupakan Pengasas Bersama Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Beliau juga turut aktif di dalam bidang penulisan dan idea serta cetusan pandangan beliau boleh dibaca di blog Perubah Zaman (http://shaznimunir.blogspot.com)

.

Lee Kai Loon:

Lee Khai Loon adalah bekas aktivis mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau pernah menerajui organisasi pemuda DEMA

semasa beliau mahasiswa dan beliau jua pernah bertugas di Hong Kong sebagai anggota sekretariat Asian Students Association (ASA).

Sekembalinya beliau daripada Hong Kong beliau mendirikan Youth For Change (Y4C) dan menjadi salah seorang daripada anggota sekretariatnya.

Mohd Hariszuan Jaharudin:

Mohd. Hariszuan adalah mahasiswa tahun akhir jurusan Sains Politik di UKM. Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas ruang

wacana bebas blog Diskusi Santai Kopi (Diskopi). Di samping aktif menulis di Diskopi beliau juga aktif di dalam Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Di KAMI beliau menerajui Biro Majlis Diskusi dan Dialog (MADILOG). Selain daripada itu beliau juga terlibat

aktif di dalam penyelidikan pilihanraya kecil di Permatang Pasir dan Bagan Pinang. Idea dan cetusan pandangan beliau boleh dibaca di

blog Diskopi (http://diskopi.wordpress.com).

Komentar Forum: Bro TukarTiub a.k.a Hishamudin Rais

Hishamuddin Rais adalah orang tua yang perawakan, otak dan jiwanya tak pernah tua. Beliau adalah pengasas mazhab Non-Governmental Individual (NGI) dan pengarang buku agitasi khusus buat orang muda “Pilihan Raya atau Pilihan Jalan Raya” dan buku separa-intelektual “Keganasan, Penipuan & Internet”. Beliau sekarang aktif menulis di blog separa-tabloid http://tukartiub.blogspot.com yang sudah pun menjadi “cult classic” dengan hits hampir 5 juta dalam tempoh hanya 1 tahun sahaja.

Sebarang pertanyaan atau maklumat sila hubungi: Ms Lee Siew Hwa di 03-7957 8342/8343 atau 016-465 5107;

Shahrir Halim di 012- 321 5803 atau Mr Chong Tong Sin di 016-379 7231.

Laman web: http://www.gerakbudaya.com

BERGERAK MEMBANGUNKAN BUDAYA WACANA

DI KALANGAN ORANG MUDA DAN MAHASISWA

No comments: