Share |

Sunday, 6 September 2009

Takziah buat keluarga bekas ADUN Bagan Pinang


By Chegu Bard,
Salam takziah buat keluarga dan teman - teman Arwahyarham Azman Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kembali ke rahmatullah semalam. Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang yang solleh sesuai dengan amalan beliau. cheGuBard dan teman - teman sempat menziarahi dan menghadiri upacara pengkebumian jam 8.00 malam semalam.

Nampaknya 'nasihat' Pengerusi SPR agar wakil rakyat tidak mati gagal dituruti. SPR dengan jelas mutakahir ini bersungguh cuba mengelakan Bn dari berdepan dengan kuasa rakyat melalui pilihanraya dan yang terbaru di Kedah. SPR jelas mencabul kuasa Speaker DUN Kedah yang mengistiharkan DUN tersebut kosong kerana wakil rakyat Bn yang ponteng sidang dewan.

Namun kali ini di DUN Bagan Pinang pilihanraya kecil sudah tidak boleh di elakan.

Pilihanraya kali ini bukan mudah juga bagi Pakatan Rakyat. Kerusi ini milik Bn sebelum ini. Kekuatan mereka bukan kepada undi rakyat sebaliknya kepada lebih 5000 undi pos.

Di sinilah peranan SPR dituntut untuk memastikan pilihanraya yang adil, bersih dan telus. Mengikut maklumat dari anggota tentera yang menjadi pengundi di Bagan Pinang menyatakan mereka tidak mengundi sendiri sebaliknya seorang pegawai akan mengundi bagi pihak mereka.

Pilihanraya kecil kali ini merupakan pilihanraya penentu penting. 2 aras penentu tersebut ialah pertama jika Pakatan rakyat mampu mengalahkan Bn di kawasan majoriti Melayu yang di menangi Bn sebelum ini maknanya Bn tidak akan pulih dan PRU ke 13 kerajaan akan bertukar begitu juga sebaliknya.

Penanda yang kedua ialah jika SPR gagal pada kali ini menjamin Pilihanraya yang adil, bersih dan telus seperti memastikan proses undi pos yang terbuka maka harapan pada SPR seharusnya dibuang terus ke longkang dan SPR lah elemen penting yang harus dihumbankan jika mahu melihat kemerdekaan rakyat benar terialisasi.

Apa pun Selamat Datang semua ke Negeri Sembilan !

Bagi peringkat negeri pula keputusan amat penting kerana perbezaan kerusi yang amat sedikit menggambarkan mood sokongan dan penilaian prestasi wakil rakyat.

No comments: