Usai 52 tahun dahulu, Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmy pernah menyatakan bahawa tanah air ini merdekanya separuh masak. Jika dipaut kalimah itu dengan realiti negara masa kini,ianya boleh ditelusuri dengan mendalam.
Tahun ini sambutan kemerdekaan berslogankan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Obsesi ini tidak akan padam, itu hakikat dan boleh diterima pakai meskipun kosong rohnya.
Pelbagai mantera diseru, termasuklah memecahkan tembok perkauman, membaikpulih jambatan kepercayaan dan mendahulukan kepentingan rakyat.
Tetapi yang dihadiahkan kepada rakyat kini ialah kepala lembu dan kenaikan harga minyak menjelang jam 12 tengah malam ini.
Di sebalik kemurungan ekonomi mengasak rakyat tanpa henti, tekanan demi tekanan seumpama ini terus dilaksanakan oleh Umno-BN tanpa mengambil kira keadaan rakyat yang rencam. Apakah di mata mereka rakyat akan terus angguk-angguk dan geleng-geleng tanpa pertimbangan?
Merdeka ini bukan lagi separuh masak, tetapi kian basi dek penangan percaturan politik sempit dan menindas.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment