SS baru saje mendapat email dari seorang rakan NGO Ms Dewi mengenai nasib dua beradik di Senai Johor yang memerlukan bantuan dan perhatian dari semua pihak termasuk pihak kerajaan pemerintah. Sepanjang penglibatan SS bersama Dewi selama ini, SS percaya segala usaha pembongkaran dan keperihatinan beliau terhadap masalah rakyat setempat sering mendapat respon yang akak memuaskan dari pihak tertentu walaupun bantuan yang berjaya dihulurkan belum tentu dapat mengurangkan beban mereka.
Kalau dilihat dari sudut statistiknya, kebanyakkan rakyat di sekitar negeri Johor masih ramai yang tercicir dari mendapat bantuan dan ehsan pihak berwajib mahupun orang persendirian. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya : -
Kalau dilihat dari sudut statistiknya, kebanyakkan rakyat di sekitar negeri Johor masih ramai yang tercicir dari mendapat bantuan dan ehsan pihak berwajib mahupun orang persendirian. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya : -
- Tekanan dan bebanan hidup berpanjangan
- Tiada sokongan dari pihak tertentu
- Perbezaan fahaman politik
- Terlalu banyak janji manis wakil rakyat sewaktu berkempen namun gagal dilaksanakan
- kurang kasih sayang dan prihatin pihak tertentu
- Kurang kesedaran
- Buta Huruf dan malu untuk memohon bantuan
- Sering tertipu dengan janji kosong pihak tertentu
- Trauma berpanjangan
- Dan pelbagai lagi faktor yang berkaitan.
Jadi SS menyeru kepada sekalian warga penyayang yang prhatin dan cintakan kedamaian untuk bangkit membantu saudara-saudara kita yang sedang berjuang meneruskan kehidupan dalam kedaifan di sekeliling kita. Di sini SS lampirkan email yang telah dihantar oleh DEWI untuk ehsan kita semua....
email 1Devi,
Kangkar Pulai.
Jabatan Perdana Menteri,
Unit Penyelarasan,
Putra Jaya
Puan/Tuan
Per: Dua Adik Beradik Yang Sengsara
Berhubung perkara di atas adik Mageswari A/P Karuppiah dan adik Nilathevi A/P Karuppiah hidup merana dan terpaksa minta bantuan dari rakan dan jiran bagi melanjutkan pelajaran mereka.
Keadaan mereka menjadi tanda tanya setelah kematian ibu bapa mereka dan kini mereka dilabelkan sebagai anak yatim.Walaubagaimanapun niat mereka yang amat tinggi membuat mereka melanjutkan pelajaran dengan bantuan jiran-jiran yang punya jiwa mulia.
Adik beradik ini kini tinggal di alamat NO 166,Jalan Pakis 4,Taman Handal ,Senai.Johore.
Harap tuan/puan segera menangani masalah mereka ini
TERIMA KASIH
Dengan penuh Harapan ,
Devi
email 2
Sivagami devi,
Taman Sri Pulai 17/7/09
Tuan Pengarah,
Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri,
Putra Jaya
Tuan/Puan,
Per:Puan Pakiam Yang Hidup Sengsara
Berhubung dengan perkara di atas di dapati Puan Pakiam yang hidup penuh derita bersama 6 anak yang masih sekolah.Keluara ini tinggal di LADANG KARAI NAGAR(KANGAR PULAI) 80730 (DEPAN KUIL HINDU -TIADA ALAMAT TEPAT) Keadaan mereka di anggap paling teruk di mana mereka tinggal di rumah usang tanpa bekalan air dan api.Malah anak anak Puan Pakiam sering dalam kebuluran.Anak-anak tersebut menggunakan lilin di waktu malam untuk membaca buku dan membuat kerja rumah.Anak-anak itu beusia dari lingkungan 13 tahun hingga 8tahun.
Yang Paling menyedihkan adalah tindakan Jabatan Kebajikan yang langsung tidak memandang terhadap rumitan hidup Puan Pakiam walaupun Puan Pakiam telah merayu kepada Jabatan Kebajikan Pada Bulan Disember 2008.Laungan RAKYAT DIDAHULUKAN menjadi impian dan mimpian semata-mata jika kemiskinan dan kebuluran rakyat di anggap ringan oleh Jabatan-Jabatan kerajaan yang ditanggungjawapkan dalam usaha membasmi kemiskinan.
Harap Jabatan Kebajikan Johor segera ke rumah usang Puan Pakiam sebelum keluarga tersebut 'DISEGERAKAN".
Yang Penuh Kecewa,
DEVI
SS akan cuba mendapatkan maklumat terkini tentang berita ini dan juga akan berusaha untuk menjejaki dua beradik ini sebagai langkah awal bagi tindakan susulan.
No comments:
Post a Comment