By Chegubard,
Baru memasuki gerbang 100 hari sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan masih dalam kepayahan bergelut dengan imej 'hitam' yang mencalar beliau.
Kemasukan semula Tun Dr. Mahathir ke dalam Umno selepas Najib memegang tampuk Perdana Menteri dan Presiden Umno tidak menjanjikan jalan selesa kepada Najib. Ini dibuktikan apabila Mahathir yang seharusnya mendokong Najib mula sudah tidak stabil dan mula menyerang 'manja' Najib. Sila klik sini untuk baca ; Mahathir- 100 Hari Najib, lebih banyak negatif
Kemudian respon Tun Dr. Mahathir kepada tindakan kerajaan Malaysia menasuhkan PPSMI 2012 pula mungkin sedikit menyukarkan Najib. Mahathir dengan jelas menyatakan kurang senang beliau terhadap tindakan pemansuhan PPSMI sehingga beliau membuat undian mengenai isu tersebut dalam blog peribadinya. Sila kklik tajuk untuk baca ; Saya sedih - Mahathir . Ada seorang anak muda Rembau, peminat Vespa (memiliki 4 Vespa) juga penuntut Kolej Risda, Melaka,yang hanya ingin dikenali sebagai Komeng, pernah berkata "Jika Mahathir ada maruah dia seharusnya keluar dari Umno semula"
Isu rasuah (pembelian senjata), isu Altantuya sudah cukup melemaskan Najib isu - isu ini makin semarak dan merimaskan apabila kehadiran Rosmah di sisi Najib lebih menyerlahkan imej negatif dan membebankan. Kesombongan Rosmah mengarahkan Universiti Malaya untuk menyerahkan kes conteng dinding (Rosmah Puaka) kepada Polis telah menyebabkan mood tersusun anti Rosmah terbentuk secara organik di kalangan Mahasiswa Lembah Kelang. Mood ini dijangka bakal melanda mahasiswa seluruh negara. Rosmah dilihat umpama Emelda Marcos yang cukup boros, tamak, sombong. Wajah mereka juga hampir mirip. Jika imej itu berjaya dikekalkan maka Najib mampu 'hancur' kerana Rosmah. Sebelum ini tidak pernah isteri PM menjadi bahan kritikan melampau. Seingat che'GuBard cuma Tun Hasmah yang pernah dikritik kerana kononya pakai rambut palsu itupun kritikan bentuk gurauan yang tak beri kesan terhadap undi.
Kehadiran Nazir Razak (yang menguasai CIMB) dilihat mampu melengkapkan imej calar Najib dengan beberapa tindakan beliau.
Kehadiran blog - blog anti Najib yang diusahakan oleh pihak dalam Umno juga dilihat menjadi ancaman kepada Najib. Menurut seorang teman pemimpin Umno (pertengahan) menyatakan kemungkinan untuk menolak Khairy atau penyokong kuatnya dari terlibat dengan kewujudan blog-blog anti Najib agak sukar kerana trend atau style blog tersebut sama seperti blog - blog yang bersungguh pro Khairy yang wujud bertebaran menjelang pemilihan beliau selaku Ketua Pemuda Umno.
Kembali semula kepada isu PPSMI. Kerajaan (Muhiyuddin) telah mengumumkan baru baru ini mengenai PPSMI yang akan dimansuhkan pada tahun 2012. Dalam kenyataan tersebut beliau turut mengakui bahawa PPSMI tidak pernah mencapai sasaran yang ditetapkan. Maknanya kenyataan Menteri Pelajaran sebelum ini mengenai kejayaan PPSMI adalah bohong. Secara tidak lansung Muhiyuddin mengatakan Hishamuddin membohongi rakyat.
Ramai pula yang menyambut kejayaan memansuhkan PPSMI ini.
che'GuBard ingin meminta semua pihak agar bertenang dan memikirkan beberapa fakta mengenai pengumuman mansuh PPSMI 2012 ini.
Pertama memang benar pengumuman pemansuhan ini adalah tindakan terdesak regim Bn kerana ingin meraih populariti setelah desakan rakyat yang meningkat dalam isu PPSMI ini. Ini juga membuktikan tekanan melalui himpunan jalanraya mempunyai kesan. (sila klik sini untuk lihat perhimpunan anti PPSMI 7 Mac 2009)
Untuk itu tidak ada alasan untuk semua yang anti undang undang zalim 'ISA' untuk tidak sama turun ke Kuala Lumpur 1 Ogos 2009 untuk sama berhimpun secara aman membantah kezaliman ISA. Jika benar berjaya mendapat lebih 100,000 rakyat turun membanjiri jalanraya Kuala Lumpur nescaya ISA mungkin akan dimansuhkan.
Kedua, PSSMI ingin dimansuhkan 2012, mengapa 2012 ?
Menurut Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Institut Peradaban Melayu UPSI, beliau punya maklumat menyatakan perbelanjaan PPSMI bukan sekadar RM 4.5 billion sebaliknya menjangkau kepada RM 12 billion. wow !!
Setelah menggunakan sebegitu banyak tetapi baru sedar tidak berhasil ? Mengapa hendak diteruskan untuk sehingga 2012 berapa lagi wang rakyat akan terbazir untuk meneruskan 'agenda' gagal Dr. Mahathir ini...?
Adakah benar Dr. Mahathir marah kerana PPSMI hendak dimansuhkan...? Jawapanya tidak..?
Dr. Mahathir cuma marah sebab dengan pengumuman olok - olok PPSMI nak dimansukan 2012 imej atau ego beliau tercabar....lebih lebih lagi apabila manipulasi (permainan angka) pencapaian anak - anak sekolah di bawah PPSMI dibongkar Muhiyuddin dengan mengatakan PPSMI tak pernah capai sasaran.
Semua tahu PPSMI bukan kerana kesungguhan mengubah dasar sebaliknya alasan kuat mempertahankan PPSMI ialah kerana kontrak, projek dan jumlah wang yang tertanam dalam PPSMI itu. Maka tidak banyak pemimpin Umno berani bercakap menentang PPSMI kerana setiap pemimpin Umno akan ada pemodal dobelakangnya. Ketika pemodal sedang sedap menikmati wang dari PPSMI sudah tentu mulut pemimpin Umno tidak terbuka demi memastikan poket mereka terus terisi.
Semua juga tahu polisi atau dasar pendidikan negara sering berubah ubah. Contohnya semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, dia memperkenalkan Bahasa Baku. Bahasa baku menjadikan bahasa Melayu mudah dipelajari kerana punya sistem suku kata yang senang dibunyikan. Ini di akui ramai pakar bahasa. Bukan Anwar cipta bahasa baku, bukan Anwar pandai sangat pasal bahasa...tetapi untuk mengangkat bahasa Anwar mengumpulkan pakar bahasa dan mendengar cadangan mereka.
Namun selepas Anwar dipecat, bahasa baku turut terpecat. Bukan itu sahaja Kementerian Pendidikan juga diubah nama kepada Kementerian Pelajaran. Semua yang punya 'bau' Anwar perlu dibersihkan.
Maknanya semuanya boleh bertukar secara total di bawah Menteri yang berbeza.
Yakinkah kita 2012 masih Muhiyuddin menjadi Menteri Pelajaran ? Yakinkah kita bahawa 2012 PPSMI benar - benar dimansuhkan..... boleh sahaja nanti Menteri lain (atau Menteri sama pun) mengumumkan dasar menambah masa P & P subjek Bahasa Inggeris gagal maka perlu dikembalikan kepada PPSMI khususnya apabila telah menang selepas PRU 13 yang akan diadakan sebelum persidangan Parlimen kali pertama dalam tahun 2012.
Kesimpulanya mudah pengumuman olok - olok PPSMI akan dimansuhkan 2012 perlu ditolak. PPSMI perlu dimansukan sekarang juga, atas alasan ;
Jangan berhenti ayuh demo lagi !!!

- jangan bazirkan terus wang rakyat sehingga 2012,
- jangan mangsakan terus - terus anak sekolah dengan dasar yang tak pernah mencapai sasaran.
Jangan berhenti ayuh demo lagi !!!
No comments:
Post a Comment