Semalam Nora dijatuhkan hukuman denda RM 80 kerana kesalahan maki Polis. Kejadian ialah pada 16 Julai 2008, iaitu ketika perhimpunan di luar IPD Kuala Lumpur ketika malam Anwar Ibrahim ditahan.
che'GuBard sendiri bersama dalam perhimpunan tersebut sejak pagi lagi. Bertungkus lumus dari panas tengahari hingga sejuk malam cuba sedaya upaya menenangkan semua yang berhimpun agar perhimpunan terus tenang. Apa yang berlaku ialah anggota polis khususnya yang berpakaian biasa sering melakukan provokasi. Mereka sesekali sering mengeluarkan kenyataan menghina sehingga ada yang berbau lucah.
Malah che'GuBard sendiri malam itu sebelum bersurai dilemparkan perkataan lucah oleh seorang anggota polis, namun dengan tenang menuju ke arahnya bertanya apa yang dia cakap, dia panik dan berlari anak ke kumpulan polis yang ramai. Bayangkan kalau tak sabar dalam keadaan letih mesti sudah berbalas maki dan itu yang mereka mahu.
Begitu juga dalam kes Nora, dia cuma balas provokasi (balas carutan dengan carutan) Polis yang jahat. Lantas dia ditahan malam itu dan didenda semalam dengan RM 80.00 yang 'style'nya dia tak rayu pun untuk kurang atau apa saja.
Dia pula bela diri sendiri tiada peguam reformasi yang bela dia, malah katanya yang paling dia sedih ada peguam pemimpin parti yang tak nak membelanya kerana kononya tuduh dia orang bekas pimpinan KEADILAN yang telah masuk Umno. Ini budaya tak baik sebenarnya, Nora ini memang mulutnya sikit tak ada 'brek'...tapi itulah dia yang ada dalam perjuangan selama ini. Dia kalau kritik pemimpin tak ingat...malah masa che'GuBard jumpa dia, Nora cakap mana pemimpin satu pun tak tanya khabar aku....hahaha....itulah Nora ....sama ada Nora lupa atau dia tak iktiraf che'GuBard yang menang bertanding jawatan Pusat KEADILAN ini sebagai pemimpin parti.
Kepada Nora harap istiqamah dalam perjuangan, ingat kalau kita berjuang kerana individu kita akan kecewa....tetapi berjuanglah sebab prinsip dan perjuangan yang kita faham.
Balik semula kepada bab Polis tadi..... inilah kerja Polis yang jahat (tapi ada juga polis yang baik) .....bila kita report mereka akan tanya kita nama polis itu dan seumpamanya , tentu sukar bagi kita nak tunjuk polis mana lebih - lebih lagi yang tak pakai tanda nama dan cuma berpakaian biasa..... (sila klik sini untuk baca posting Nora)
Jangan sampai lepas ini mana polis yang lakukan provokasi terus ditumbuk atau dipukul lepas tu baru buat report dan bila ditanya polis yang mana mencarut itu senang tunjuk polis yang patah hidungnya !
No comments:
Post a Comment