Share |

Tuesday, 28 July 2009

Laila Majnun : Kiasan Tuan Guru Nik Aziz

Terdahulu saya rakamkan ucapan terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai di tempat kelahiran saya, Sungai Bakap; Sungai Acheh dam Sungai Chenaam serta Jawi kerana memberikan sambutan hangat kepada kami semalam. Walaupun dewan dikunci dan medan agak gelap, namun semangat yang dipertontonkan seolah-olah Nibong Tebal ke arah zaman pencerahan!

Tuan Guru Nik Abd Aziz hari ini secara terbuka menafikan hebahan media Umno mengenai kerjasama Umno-Pas.

Jelas kelihatan Umno semakin terdesak rentetan dukungan yang kian terhakis. Satelah gagal dengan fitnah, ugutan dan sogokan, mereka bersilih ganti untuk mengadu-domba.

Mereka kini sudah sampai ke tahap kegilaan, mengemis perhatian Pas. Anihnya lagi ialah kaedah kotor yang digunakan, rekayasa kenyataan kononnya ’sahih’ daripada Tuan Guru Nik Aziz. Kemudian diatur pula ulasan demi ulasan dan digembar gembur di media mereka.

Sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, bertubi-tubi serangan dilancar ke atas batang tubuh Tuan Guru, kini ghairah sekali menjulang Tuan Guru. Wah, telunjuk lurus kelingking berkait.

Nah, sekarang Tuan Guru Nik Aziz menafi keras, menuding media Umno selaku pembelit dan pimpinan Umno yang asyik maksyuk dengan pertemuan hingga ke tahap kegilaan.

Hanya kegilaan Laila Majnun terpancar dari cinta sejati…. Ghairah umno pula bagaimana?

ANWAR IBRAHIM

No comments: