Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media UMNO dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak.
UMNO kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai. Pimpinan PAS ternyata lebih pintar; dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan - istiqamah (menurut YB Tuan Guru Nik Aziz) dan memperkukuh institusi kenegaraan (”membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil,” tegas YB Tuan Guru Abdul Hadi).
Seharusnya kita hargai peranan YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng dari DAP serta Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin Ali dan YB Saifuddin Nasution dari KeADILan.
Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat!
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment