Share |

Tuesday, 23 June 2009

Kenyataan Media Berhubung Waran Tangkap serta Permintaan Maaf oleh SPRM - MPKapar

UNTUK EDARAN SEGERA

23hb June 2009

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB S MANIKAVASAGAM AHLI PARLIMEN KAPAR BERHUBUNG KENYATAAN MAHKAMAH BERKENAAN WARAN TANGKAP SERTA PERMINTAAN MAAF OLEH SPRM.

INKUES PEMBUNUHAN K SUJATHA

Saya merujuk kepada laporan akhbar-akhbar tempatan hari ini berhubung kenyataan Mahkamah Koroner untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap diri saya. Ingin saya menegaskan bahawa pegawai penyiasat serta seluruh rakyat Malaysia mengetahui akan persidangan Parlimen kini sedang berlangsung.

Hampir setiap hari saya menghadiri persidangan Parlimen dan ianya boleh disemak rujuk melalui buku kehadiran Parlimen. Setelah menghadiri Parlimen saya berada dikawasan membantu orang awam menangani permasalahan mereka. Semalam saya berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Shah Alam sehingga pukul 2.00 pagi.

Apa susahnya pihak penyiasat mencari tempat saya berada? Sehingga waktu ini, saya masih boleh menerima Sapina untuk memberi keterangan dalam Inkues tersebut. Saya merasai pihak tertentu cuba merosakkan nama baik saya demi melindungi kebocoran dalam sistem kepolisan negara.

Saya percaya Yang Arif Koroner Inkues akan mempertimbangkan segala faktor sebelum membuat sebarang keputusan berharap pihak mahkamah akan menetapkan satu tarikh yang baru untuk saya hadir ke mahkamah bagi memberi kenyataan.

PERMINTAAN MAAF OLEH SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (SPRM)

Saya berpendapat bahawa perkara meminta MAAF kepada SPRM tidak wujud langsung kerana apa yang dilaporkan oleh akhbar adalah apa yang diperkatakan oleh pegawai SPRM sendiri sewaktu kami berada di pejabat SPRM, Shah Alam, Jumaat lalu.

Apakah maksud “kami tidak dapat menjumpai file berhubung Kampung Perepat”? Pihak SPRM sepatutnya meminta penjelasan daripada pegawai mereka dan bukannya merampas komputer serta telefon bimbit wartawan yang melaporkan kebenaran.

Semalam, saya serta mereka terlibat dalam membuat laporan mengenai isu penyelewangan Tanah di Kampung Perepat, Kapar di panggil untuk memberi keterangan dari pukul 8.00 malam sehingga pukul 2.00 pagi, kenapa tiba-tiba SPRM begitu ghairah dengan kes Kampung Perepat? Adakah mereka cuba menyelesaikan masalah Kampung Perepat atau mereka cuba menunjuk kuasa dan memperbaiki imej mereka.

Saya percaya imej SPRM akan menyinar terang sekiranya mereka melakukan tugasan yang diamanahkan tanpa mengira pegangan politik. Kalau Kereta dan Lembu boleh di siasat serta merta kenapa tidak tanah yang ditukar milik dalam masa 24 jam tidak boleh.

Sekian.

Klik sini untuk muatturun Kenyataan dalam format pdf

No comments: