Share |

Wednesday, 6 May 2009

Tiga ditahan sambut 'harijadi Altantuya' - Malaysiakini

Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.

Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.

Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Kek seberat 5kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.

Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.

Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini.

No comments: