Share |

Saturday 23 May 2009

PTPTN Telah Luluskan RM26.28 Billion Dana Pendidikan

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat (Bukan Lisan) soalan No .191

Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [Kapar] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah pinjaman yang telah di keluarkan dan berapakah jumlah yang masih belum dibayar oleh pelajar. Senaraikan jumlah pinjaman dan jumlah yang masih tertunggak daripada peminjam mengikut Kaum bagi tahun 2005 hingga 2008

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2008, PTPTN telah meluluskan dana pendidikan sejumlah RM26.28 billion yang melibatkan 1,266,671 peminjam. Daripada jumlah tersebut, RM 17.69 billion telah dikeluarkan kepada peminjam secara berperingkat mengikut semester pengajian.

Amaun pinjaman yang sepatutnya dibayar balik oleh peminjam kepada PTPTN adalah sebanyak RM 2.12 billion yang melibatkan 597,066 peminjam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.02 billion telah berjaya dikutip manakala baki yang tertunggak adalah sebanyak RM1.09 billion. Daripada jumlah baki tertunggak tersebut, sebanyak RM 798.07 Juta (73.2%) adalah terdiri dari peminjam kaum Melayu, RM 174.05 (16.0 %) dari peminjam kaum Cina, RM 51.0 juta (4.7%) dari peminjam kaum India dan RM 67.3 (6.2%) terdiri daripada peminjam lain-lain kaum.

No comments: