KENYATAAN AKHBAR YB S MANIKAVASAGAM, AHLI PARLIMEN KAPAR BERHUBUNG LAPORAN MEDIA OLEH AHLI MAJLIS , MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA TUAN THIRUVENGADAM BAHAWA MASYARAKAT INDIA TERPINGGIR DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR.
Saya amat merasa kesal membaca laporan bahawa YAB Dato’ Menteri Besar Selangor tidak akan menemui golongan minoriti menyuarakan permasalahan mereka. Lebih- Lebih lagi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas adalah kerana sokongan padu golongan ini. Beliau tidak mungkin dapat menjawat Jawatan Menteri Besar Negeri Selangor tanpa golongan ini. Sebagai seorang Ketua sepatutnya beliau menerima pandangan daripada pelbagai golongan masyarakat biarpun mereka minoriti.
Walaupun, saya masih tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan tersebut, ingin saya menekankan bahawa adalah menjadi kewajiban YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk memastikan kekayaan serta kesejahteraan negeri dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan, warna kulit atau pegangan agama.
Selaku Ahli Parlimen Malaysia, telah saya menekan dari awal lagi masyarakat India serta kumpulan minoriti lain juga adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak asasi yang saksama di bawah perlembagaan. Jadi tidak seharusnya, mana-mana pihak berkuasa mengkelasifikasikannya sebagai masalah India , Kerajaan tidak akan bincangkan biar mereka sendiri cari penyelesaiaan sebagaimana terjadi sejak 52 tahun lalu.
Malangnya , golongan yang terpinggir ini sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat India yang juga rakyat Malaysia. Maka adalah menjadi tanggungjawab pimpinan memastikan nasib lapisan masyarakat ini diberi penekanan dari segi Ekonomi, Pendidikan, Kebudayaan atau Rohani serta Politik.
Sebagai usaha terpantas , saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor meluluskan segera lesen perniagaan Barang-barang lusuh tanpa sebarang sekatan agar mereka dapat sedikit sebanyak memajukan diri. Selain daripada itu saya juga telah mencadangkan agar Kerajaan Pakatan Rakyat memastikan pencapaian ekonomi masyarakat India mencapai sekurang-kurangnya 15% di negeri-negeri ini.
Saya telah pun merancang satu mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin India daripada Pakatan rakyat untuk mendapatkan pendapat mereka serta perjumpaan dengan ahli-ahli akar umbi agar kita dapat menyediakan suatu pelan terperinci yang berkesan dalam jangka masa pendek serta panjang.
Saya berharap usaha murni ini akan memastikan segala perancangan Kerajaan -Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dalam mewujudkan masyarakat Malaysia juga menyerap kehendak masyarakat India demi memastikan golongan ini tidak terpinggir terus. Sekali lagi saya menekan bahawa setiap permasalahan masyarakat India adalah masalah Rakyat Malaysia dan ianya menjadi tanggungjawab pimpinan menyelesaikannya.
Sekian.
YB S Manikavasagam
Ahli Parlimen Malaysia, Kapar
No comments:
Post a Comment