Share |

Sunday, 8 March 2009

Yesterday's Demo




Dr Hassan memberi tahu bahawa Polis telah bersetuju untuk mengiringi dan menyediakan pengangkutan ke Istana Negara untuk tujuh orang wakil NGO yang akan menyerahkan memorandum kepada wakil Istana.

Dr Hassan juga mengesahkan bahawa para penyokong tidak dibenarkan berarak ke Istana Negara dan perhimpunan hanya terhad di kawasan Masjid Negara. Tapi beliau menambah bahawa para penyokong yang ingin ke Istana Negara boleh lah menaiki kenderaan masing2 kerana sukar bagi Polis untuk membezakan mereka dari para2 pelancong yang ramai di Kuala Lumpur.

Pak Samad bercerita mengenai perlu nya orang Melayu melestarikan Bahasa Melayu. Jika tidak Melayu dan ketamadunan nya sekali belum tentu akan bertahan 50 tahun akan datang.

Bila ditanya apakah tindakan selanjutnya jika kerajaan enggan beralah, Pak Samad berkata nasib kerajaan BN akan ditentukan di peti undi akan datang.

Hadi Awang pun turut sama berjamaah Zohor. Tapi kelibat beliau tidak kelihatan dalam perarakan ke Istana

See more photos on
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1816122

No comments: