Share |

Friday 13 March 2009

Surat mohon menghadap Sultan Perak sudah dihantar

(PerakExpress.com) - Surat rasmi bagi memohon perkenan menghadap Sultan Perak telah dihantar oleh Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin semalam, 11 Mac.

Surat itu difaxkan tengahari 11 Mac ke pejabat Tuanku Sultan Azlan di Istana Kinta oleh Setiausaha Politik Nizar, Misbahul Munir Masduki melalui Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Kolonel Abdul Rahim.

Dalam surat tersebut, Nizar mohon perkenan untuk menghadap Tuanku bagi menyembah maklum keputusan persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri Perak yang telah menerima tiga usul yang dikemukakan oleh tiga orang Ahli Dewan Negeri Perak.

Persidangan Tergempar tersebut diadakan pada 3 Mac 2009 di bawah sepohon Pokok Sena kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Persidangan terpaksa dibuat di bawah pokok disebabkan daripada tindakan Setiausha Kerajaan Negeri dan Pihak Polis yang menghalang Speaker dan Ahli-ahli Dewan memasuki bangunan Perak DR bagi menjalankan Persidangan Tergempar DUN Perak.

Kini, Nizar sedang menunggu jawapan dari Istana Perak.

No comments: