(Suara keADILan)- KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata ketuanan rakyat perlu tegak di atas prinsip persaudaraan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan kepercayaan dam konteks Malaysia.
KETUANAN RAKYAT.. Anwar ketika memberi Pidato Kebangsaan di Shah Alam petang ini. Gambar Yuis/SK
Beliau memulakan ucapan pidato di Auditorium Majlis Bandaraya Shan Alam (MBSA) sempena ‘Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat’ petang tadi dengan mengingati keputusan rakyat yang dibuat setahun yang lalu dan ketuanan rakyat tidak berkaitan tentang kekuasaan semata-mata.
Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan kebudayaan punyai oleh masyarakat berbilang kaum. Maka kerajaan harus ditentukan oleh rakyatnya sendiri.
Fahaman ketuanan satu kaum yang disebarkan oleh Umno sungguh tidak berasas. Mereka dengan sengaja memesongkan maksud sebenar falsafah negara kebangsaan itu demi kepentingan segelintir yang memerintah.
“Rakyat ternyata lebih bijak dari peramal politik seperti tukang tenung politik yang meramalkan Barisan Nasional akan menang besar dan pencabar mereka akan kecundang,” kata Anwar
“Jentera dan dana yang digunakan oleh BN menggerunkan. Parti-parti Pakatan Rakyat - Keadilan, DAP dan Pas yang terpaksa berentap dengan segala kekurangan dana, jentera dan tekanan. Kita dihujani dengan pelbagai fitnah dan sekatan. Namun dengan segala keterbatasan tersebut rakyat telah menyebelahi kita, dan membuka lembaran baru dalam politik Malaysia,” jelas beliau.
Beliau juga menyentuk soal institusi parlimen di negara ini dengan berkata “Parlimen adalah institusi untuk menjaya dan melaksanakan prinsip ketuanan rakyat. Kita mahu parlimen benar-benar menyuarakan hasrat rakyat, membahaskan kepentingan rakyat,”
“Ketika membahaskan Belanjawan Negara yang dibentang oleh Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Kewangan, kami telah menolak belanjawan tersebut kerana tidak mengambil kira iklim ekonomi dunia yang meleset parah berikutan kemelut ekonomi Amerika Syarikat,” beliau berkata.
Isu krisis ekonomi yang melanda negara ini, beliau menyatakan supaya kerajaan mengambil pendekatan baru yang lebih drastik untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dari merudum.
“Menteri Kewangan dahulu dan Menteri Kewangan sekarang terus menafikan malah sering mengulangi bahawa asas ekonomi Malaysia kukuh. Hanya dua minggu yang lalu Menteri Kewangan bagaikan terpinga-pinga mengatakan tiada siapa yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan menghadapi kegawatan seteruk sekarang,” telah beliau.
“Pakej ransangan awal lesap menjadi debu melainkan syarikat dan kontraktor terpilih. Pakej ransangan kedua masih kecil dan tidak berupaya memulih keyakinan,” katanya.
Belai memberi jaminan bahawa ahli-ahli parlimen akan menggegarkan Parlimen untuk memastikan persoalan rakyat didengar dan diselesaikan.
“Kita telah berulang kali menyebutkan mutu pendidikan kita yang merosot, kos kesihatan yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan pengurusan negara yang tidak bersepadu dan pentadbiran yang kucar kacir.
Perkara mahkamah yang dibangkitkan adalah mahkamah dan institusi kehakiman dibentuk agar berlakunya tata hukum dan keteraturan yang adil dalam negara.
“Tetapi rakyat menyaksikan bagaimana mahkamah dinodai untuk mencapai nafsu dan cita-cita kotor penguasa. Maka rakyat bangun menuntut mahkamah dan sistem kehakiman dibersihkan dari noda kuasa pemerintah. Sehingga hari ini rakyat terus memperjuangankan cita-cita ini,” tegas Anwar lagi.
“Peguam-peguam kita terus berhujah dimahkamah, mengemukakan hujah undang-undang dan budibicara agar mahkamah berdiri di atas prinsip hukum dan keadilan. Rakyat telah menyaksikan beberapa hakim yang berani, rakyat juga menyaksikan jumhur hakim yang tunduk kepada tekanan mereka penguasa,” katanya.
Menyentuh soal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sebaik dilancar menjadi momokan lembu dicucuk hidung dan Suruhanjaya Kehakiman tidak diyakini kewibawaannya.
“Suara rakyat yang sudah sekian lama dibungkam dan ditindas, meronta dan menjerit. Mereka turun ke jalan raya dengan aman yakin bahawa suara rakyat suara keramat. Mereka menuntut hak mereka yang dikurnia Maha Pencipta serta yang termaktub di dalam Perlembagaan,” jelasnya lagi.
“Kita tidak berkompromi sama sekali dengan rasuah, kita bersyukur lantaran langkah awalan tersebut, kita telah menjimatkan ratusan juta wang rakyat serta dapat mengagihkan Kita peluang yang lebih kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana terutamanya kepada Bumiputera,” tambah beliau.
Beliau membanding antar negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu seperti Kelantan yang mempunyai kadar rasuah dan kadar jenayah paling rendah. Malah dengan hasil mahsul negeri yang relatifnya kecil mereka mampu menjana program kebajikan rakyat yang boleh diteladani.
Di Pulau Pinang pelaburan meningkat dua kali ganda dalam setahun, di Perak meningkat kepada RM 3.4 billion. Pelaburan di Selangor mencacat tertinggi dalam 9 tahun, sebanyak RM 11.87 billion dan telah mencipta 30,000 pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia.
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turut memberi tumpuan kepada program perumahan untuk rakyat terbanyak, memperbaiki sistem pengangkutan awam dan menangani kesesakan jalan yang semakin rumit.
“Selangor dan Perak telah mengurangkan beban rakyat dizaman kemelesetan ini dengan memberikan air percuma kepada rumah-rumah termiskin. Kerajaan Perak telah memberikan geran tanah kepada keluarga-keluarga yang layak secara adil termasuk untuk Orang Asli, Melayu dan Cina.”
“Kita percaya bahawa sumbangan terpenting yang boleh kita lakukan adalah untuk pendidikan anak-anak. Kita mahukan generasi akan datang bersaing di dalam ekonomi serantau dan dunia,” jelas anwar lagi.
Mengenai perjuangan bahasa Melayu, Anwar berkata, suatu ketika dahulu pelajar-pelajar sekolah menyanyikan lagu “Bahasa Jiwa Bangsa”.
“Perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kemudiannya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sahaja perjuangan orang Melayu, tetapi satu perjuangan kebangsaan, perjuangan membentuk rupa bangsa Malaysia yang bersatu padu,”
“Tetapi semalam mereka yang memperjuangan Bahasa Melayu ditembak dengan gas pemedih mata kerana mempertahankan bahasa melayu dan hak bahasa ibunda,” tambah Anwar mengakhiri ucapan pidato beliau.
No comments:
Post a Comment