Bagi pertanyaan lisan yang dijawap secara bertulis , YB Menteri Kerjaya berpendapat bahawa kesesakan di Bandar Klang hanya akan dapat di atasi melalui pembinaan Jambatan Ketiga merentasi Sungai Klang.
Walau bagaimanapun, Kementerian Gagal mendapatkan Siling Tambahan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Beliau menjawap sedemikian bagi soalan saya :
Minta Menteri Kerjaraya Menyatakan Adakah Kerajaan Akan Mempercepatkan Projek Naiktaraf Lebuhraya Persekutuan Di Bandar Klang Yang Menyebabkan Kesesakan Lalu Lintas Yang Amat Serious Dan Apakan Langkah-Langkah Yang Telah Dan Akan Di Ambil Oleh Kementerian Bagi Mengatasi Kesesakan Di Klang.
Yang amat menghariankan saya ialah bagaimana pemimpin Barisan Nasional termasuk bekas Menteri Kerjaya dan bekas Menteri Besar Selangor dapat melancarkan Projek pembinaan Jambatan Ketiga tersebut sewaktu Kempen Pilihanraya Umum Ke 12. Bukankah ini suatu Penipuan yang berunsurkan cubaan memperdaya pengundi menyokong mereka? Atau dengan erti kata sebenar cubaan RASUAH .
Lihat bagaimana cerianya mereka melancarkan projek tersebut pada 4hb Mac 2008 . Gambar dan berita dipeti daripada BERNAMA Online :
PROJEK JAMBATAN KETIGA DI KLANG SIAP DALAM DUA SETENGAH TAHUN
“KLANG, 4 Mac (Bernama) — Projek pembinaan jambatan ketiga merentasi Sungai Klang sepanjang 3.8 km di sini yang menelan kos RM230 juta dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua setengah tahun, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu.
Katanya kerja-kerja pembinaan kemudahan jalan raya dan jambatan untuk projek berkenaan akan dimulakan dalam tempoh empat bulan ini.
“Saya percaya dalam tempoh empat bulan ini bolehlah kita mula projek ini….reka bentuk untuk projek semuanya sudah selesai dan tawaran akan dipanggil secepat mungkin,” kata Samy Vellu.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran projek jambatan tersebut oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di sini, hari ini.
Samy Vellu berkata pelaksanaan projek itu, yang merupakan sebahagian daripada Jalan Lingkaran Bandar Klang, bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di kedua-dua jambatan sedia ada, iaitu Jambatan Kota dan Jambatan Musaedin.
“Panjang keseluruhan projek ini adalah sepanjang 3.8 km di mana ia meliputi pembinaan jalan baru sepanjang dua km, jambatan baru sepanjang 0.5km dan penaiktarafan jalan sedia ada sepanjang 1.3 km,” kata Samy Vellu.
Selain itu, beliau juga berkata kementeriannya telah mengenal pasti dan memperakukan satu jalan penghubung di Bandar Klang, yang merupakan sebahagian daripada jalan lingkaran di sana.
“Cadangan jalan baru ini yang merentasi Jalan Meru hingga ke Jalan Sungai Udang akan mengandungi empat persimpangan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Samy Vellu berkata projek ini merangkumi pembinaan jalan dan jambatan yang akan menjadi satu lagi laluan alternatif bagi penduduk sekitar Bandar Klang.
“Pelaksanaan projek ini kelak akan dapat merangsangkan lagi pertumbuhan kawasan-kawasan perindustrian dan pembangunan sekitar Bandar Klang di samping meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk sekitar,” katanya.
Beliau berkata kementeriannya juga merancang untuk membina jambatan keempat yang akan memudahkan pengguna menggunakan Lebuhraya Pantai Barat untuk terus ke Bandar Klang dan sebaliknya mereka dari Bandar Klang boleh pergi ke Banting dengan lebih mudah.
–BERNAMA
Saya mencabar Barisan Nasional untuk mengkotakan janji-jani mereka sewaktu Kempen Pilihanraya Umum yang lepas. Zaman menipu rakyat jelata dengan kata-kata Indah dan pelancaran projek dengan berjuta-juta ringgit sudah hapus.
Jawapan YB Menteri Kerjaya dilampiran :
No comments:
Post a Comment