Semalam saya menerima undangan makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman beliau. Saya kembali ke Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid di pejabat Ketua Pembangkang.
Sejurus kemudian saya diminta segera turun ke Dewan kerana Sdr. Karpal Singh mengemukakan bantahan diatas tekanan dan ugutan oleh pimpinan pemuda UMNO Selangor. Saya terkejut dengan gelagar sebahagian ahli parlimen umno-bn yang memandang enteng serangan tersebut malah melalak menafikan ruang untuk Sdr. Karpal dan rakan lainnya berhujah.
Dalam keriuhan tersebut saya bangun dan diberikan ruang oleh Speaker. Saya tidak menuding kepada ahli parlimen umno. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin memberikan jamninan bertindak. Maka kami keluar untuk memberikan kenyataan bersama kepada media. Dan selanjutnya ke pejabat Speaker menggesa beliau bertindak segera secara tegas.
Maka berakhirlah satu lagi babak keji dalam sejarah Parlimen - bersambung dari drama pembunuhan, ugutan, penculikan, rasuah dan akhirnya hingga ke kawasan Parlimen.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment