Share |

Sunday, 25 January 2009

Rakyat perlu segera tamatkan riwayat Umno

(Hrkh) - Rakyat perlu menamatkan segera riwayat Umno kerana parti itu telah menyebabkan tanah, bahasa, pendidikan, politik, sosial dan ekonomi orang Melayu semuanya sudah hampir tergadai.

Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar berkata hakikat sejarah perlu direnungkan sebagai iktibar terhadap kegelojohan dan kerakusan pemimpin Umno dalam menggadai kepentingan orang Melayu selama ini.

"Dulu kita pernah digemparkan oleh tindakan salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dikatakan menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada bangsa asing termasuk bukan rakyat negara ini di Johor.

"Kalau tanah di Johor boleh sahaja dijual kepada warga Singapura dan Hong Kong, mengapa tanah di Ipoh tidak boleh diberi hak milik kepada warga sendiri? Adakah orang-orang Cina di kampung-kampung baru di Perak tidak memberikan 'habuan' kepada pemimpin Umno untuk hak milik tanah itu, maka mereka tidak berpuas hati," katanya mengulas isu kritikan Umno terhadap pemberian tanah Kerajaan Perak kepada penduduknya. Image

Katanya ini membuktikan bahawa isu-isu hak dan ketuanan ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan mengisi poket sahaja, bukannya untuk kepentingan bangsa dan negara.

"Lupakah Umno bahawa 139,409 hektar tanah rezab melayu di negeri-negeri tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan BN dahulu dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula.

"Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti oleh kerajaan BN dan ini menunjukkan kerajaan BN gagal untuk mempertahankan tanah rezab melayu sebagai benteng akhir kekuatan politik melayu.

"Sekarang ini pun, Umno sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur supaya mereka dapat menjadikannya Bukit Bintang kedua," katanya dalam blog peribadinya.

Dalam blognya itu di bawah tajuk 'Melayu Kehilangan Tanah keranamu Umno', beliau membahas secara terperinci tentang sejarah yang membongkarkan tindakan Umno sendiri yang menggadaikan hak keistimewaan orang melayu yang kononnya sentiasa dijulang dan menjadi slogan mereka selama ini.

No comments: