Kesemua haiwan bernilai kira-kira RM110,000 adalah sebahagian 400 ekor lembu yang diperuntukkan kepada masjid di seluruh Selangor bagi ibadah korban pada sambutan Aidil Adha lalu. Program agihan lembu korban itu dibiayai oleh beberapa anak syarikat negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Difahamkan, pembayaran bagi membekalkan 46 ekor lembu ke kawasan parlimen Tun Razak dibuat oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) anak syarikat di bawah PKPS. Secara tidak langsung, Khalid dipercayai menggunakan kedudukannya mengarah wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membayar harga haiwan korban itu bagi kegunaan rakyat luar negeri itu. Mohd. Nazree dalam sidang media selepas laporan itu berkata, GERAK mendesak Khalid melepaskan jawatannya bagi membolehkan SPRM menyiasat kes itu. “Sebelum ini beliau pernah mengarahkan seorang pegawainya di Pejabat Menteri Besar melepaskan jawatan kerana dipercayai terbabit dalam usaha mengumpul dana bagi sambutan 100 hari pakatan rakyat mentadbir Selangor,” katanya. Beliau berkata, Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawabannya dalam kes penyelewengan wang kerajaan dan rakyat Selangor ke pihak tidak berkaitan. GERAK juga katanya akan memohon perkenan menghadap Sultan Selangor bagi menyerahkan memorandum meminta Khalid digantung tugas atau digugurkan jika beliau enggan bertanggungjawab dalam kes ini.- 21/1/2009
No comments:
Post a Comment