Menjelang tarikh pengundian pilihan raya kecil P 036 atau parlimen Kuala Terengganu yang semakin hampir, belum ada parti sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun PAS, berani mendabik dada mengaku sudah berjaya menambat hati 80,299 pengundi. Jentera kempen kedua-dua parti semakin gigih bersaing. Apa yang pasti calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut jauh meninggalkan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam. Cuaca lembab berterusan dan hujan hampir sepanjang hari sejak Jumaat lalu yang dijangka berterusan sehingga hari pengundian Sabtu ini sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada aktiviti kempen selain ada poster, bendera dan sepanduk yang rosak. Sepintas lalu, sejak penamaan calon dan permulaan kempen, tiada isu besar diketengahkan parti-parti yang bertanding. Sama ada isu tempatan atau nasional, PAS dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seolah-olah ketandusan idea apabila ceramah dan kempen masih memperkatakan soal pemimpin BN rasuah, salah guna kuasa dan isu-isu kecil lain yang tidak relevan. Di atas faktor itu, tidak hairanlah isu peribadi calon yang bertanding mendominasi kempen pembangkang walaupun Wan Ahmad Farid dan Abdul Wahid sudah berjanji bahawa mereka tidak akan melakukan serangan peribadi ketika berkempen. Namun itu hanyalah janji antara mereka berdua. Realitinya, calon BN terus digasak dengan persepsi kononnya beliau seorang yang sombong, sukar didekati dan tidak mesra rakyat. Apabila “BN Mesra Rakyat’ dijadikan asas kempen parti itu dalam pilihan raya kecil ini, ianya seakan mengiyakan persepsi sesetengah pihak terhadap karektor Wan Ahmad Farid. Lebih malang lagi ada antara jentera kempen BN turut membawa persepsi serupa apabila bercakap sesama sendiri mengenai calon BN itu. Ini sekaligus mengambarkan Wan Ahmad Farid berada di laluan sukar untuk mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi arwah Datuk Razali Ismail pada pilihan raya umum Mac tahun lalu. Mahu ataupun tidak, persepsi mengenai perwatakan Wan Ahmad Farid terus menghantui jentera kempen BN malah calon sendiri sudah melakukan pelbagai usaha bagi menepis gambaran imej buruk terhadapnya. Ini sekaligus memberi banyak ruang kepada pemimpin parti pembangkang yang membantu calon PAS memainkan isu Wan Ahmaf Farid yang bukan sahaja dilihat tidak mesra tetapi tidak mendapat sokongan di kalangan pemimpin UMNO khususnya di Terengganu. Bagi calon PAS pula, kehebatannya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam selepas beberapa penggal, dikhabarkan sebagai wakil rakyat yang mesra dan sanggup turun ke kubur menyambut jenazah. Kelebihan Abdul Wahid adalah kerana sudah lama menjadi wakil rakyat dan tidak mustahil beliau dikenali orang ramai berbanding Wan Ahmad Farid yang belum pernah bertanding dalam pilihan raya ataupun dipilih sebagai wakil rakyat. Persepsi pengundi terhadap calon BN dan calon PAS jelas berbeza. Ada antara mereka mengibaratkan kemesraan Abdul Wahid berbanding Wan Ahmad Farid ibarat ‘ langit dan bumi’. Namun pertimbangan dan penilaian sedemikian hanya mainan emosi. Baik bagi calon BN mahupun PAS, masing-masing ada keistimewaan kerana Allah s.w.t memang menjadikan makhluk ini berbeza paras rupa, tingkah laku dan sebagainya. Acap kali manusia melakukan kesilapan dengan menilai seseorang itu tanpa perkiraan waras sebaliknya membenarkan emosi membuat keputusan. Mereka jarang mengambil kira pepatah, ‘ jangan menilai buku berdasarkan kulitnya. Jelaslah, dalam pilihan raya kecil ini, persepsi dan emosi masih menguasai pemikiran pengundi dalam membuat keputusan tanpa mahu memikirkan realiti sebenarnya. Sebab itulah juga satu kajiselidik pendapat umum mendapati pengundi mengutamakan kualiti calon daripada lain-lain faktor seperti isu dan parti-parti yang bertanding. Bagaimanpun hendak menilai kualiti Wan Ahmad Farid jika beliau tidak diberikan peluang menunjukkan dirinya yang sebenar? Tidak adil jika pengundi-pengundi di Kuala Terengganu menghukum Wan Ahmad Farid semata-mata kerana persepsi dan emosi mereka tanpa menilai realiti sebenarnya. Memang mudah memberikan pujian kepada Abdul Wahid yang dikatakan pandai mengambil hati pengundi di DUN Wakaf Mempelam. Tanyalah penyokong PAS, pasti cerita Abdul Wahid yang kerap muncul solat subuh di surau mahupun masjid dan sanggup masuk ke kubur menyambut jemazah diceritakan penuh bangga. Namun, antara cerita menarik yang menjadi bahan kempen adalah kisah bagaimana Abdul Wahid dikatakan turun ke kubur menyambut jenazah seorang penduduk di kawasannya yang meninggal setelah lama sakit. Si mati yang uzur adalah seorang penerima bantuan kebajikan selama 10 tahun tetapi kerana Abdul Wahid sanggup turun ke kubur, penduduk menganggap beliau wakil rakyat yang prihatin sedangkan si mati ketika hidupnya menerima bantuan kerajaan. Kerana rakyat terlalu mudah bermain emosi, sikap calon PAS itu dianggap hebat, tetapi ini tak ubah seperti peribahasa, ‘lembu punya susu sapi dapat nama,’. Jasa kerajaan membantu si mata ketika hayatnya dilupa dalam sekelip mata. Mengulangi kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab kebajikan sejak seseorang itu mula lahir hingga ke liang lahad tanpa menguar-uarkannya. Katanya, negara tidak perlu menggunakan label ‘negara berkebajikan’ kerana sesuatu itu dilaksanakan atas dasar tanggungjawab kepada rakyat oleh kerajaan yang memerintah. Kini, dengan berbaki beberapa hari lagi sebelum pengundi membuat pilihan, mereka perlu sedar realiti bahawa mereka sebenarnya bukan memilih calon tetapi parti yang boleh memberikan khidmat kepada mereka. Baik Wan Ahmad Farid mahupun Abdul Wahid, mereka mewakili parti yang sudah memberi janji-janji untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk Parlimen Kuala Terengganu selepas diisytihar menang pada malam Sabtu ini. Selepas 50 tahun merdeka, kerajaan BN sudah membuktikan keupayaan menyediakan segala keperluan asas kepada rakyat negara ini. Walaupun parti pembangkang menjanjikan tawaran lebih menarik jika menang dan dapat memerintah negara, rakyat tidak boleh ‘membuang air di tempayan’ semata-mata mendengar guruh di langit. Sebelum ini, PAS, PKR dan DAP memukul canang mengatakan mereka hebat, sebenarnya Tuhan sedang menguji mereka dengan kemenangan pada pilihan raya umum lalu. PAS dapat mentadbir Kedah dan Perak, DAP di Pulau Kegagalan menunaikan janji pilihan raya di Selangor, pemberiaan hak milik tanah 999 tahun di Perak, cadangan pembalakan di hutan simpan di Kedah dan macam-macam kestimewaan yang diberikan kepada penduduk Cina di Pulau Realitinya rakyat negara ini berdepan situasi di mana PAS yang dulu menuduh UMNO kafir kerana berjuang bersama bukan Islam kini mereka ‘tidur sebantal’ dengan DAP serta pemimpin bukan Melayu dalam PKR. Mereka juga menerima pemimpin yang berbohong sebagai ketua dan parti yang menolak hudud sebagai rakan. Inilah realiti yang perlu difikirkan oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu sebelum membuat keputusan sebelum mengundi PAS. Dengan mengundi PAS, mereka sebenarnya mempercepatkan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai timbalannya. Bagi BN dan UMNO pula, pilihan raya kecil ini adalah Ibarat kata, adat kampung, kampung di pertahankan, adat negeri, negeri dipertahankan dan adat parti, parti dipertahankan. Sudah sampai masanya pengundi Melayu menyedari mengenai ancaman terhadap kuasa politik Melayu yang sudah mula terhakis selepas pilihan raya umum lalu. Justru itu lupakan persepsi mengenai karektor Wan Ahmad Farid, jangan emosi kerana memburu pahala yang dijanjikan PAS jika mengundi parti itu tetapi berdepanlah realiti, hanya BN mampu menjanjikan masa depan lebih baik kepada generasi kita akan datang
Kajiselidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research, mendapat 77 peratus pengundi menyatakan kualiti calon 'amat penting, berbanding dengan 55 peratus bagi isu semasa dan 67 peratus bagi kemampuan parti.
Selepas Mac 2008, kuasa politik orang Melayu menjadi lemah kerana diancam oleh orang bukan Melayu.
No comments:
Post a Comment